Saiful Ma'ruf

TAFSIR FI ZILALIL QURAN Lukman (Ayat 13 – 19)

TAFSIR FI ZILALIL QURAN
“Di bawah bayangan Al-Quran”
Lukman (Ayat 13 – 19)

Hakikat siapakah Luqman yang dipilih oleh al-Qur’an sebagai jurucakap yang menerangkan persoalan-persoalan tauhid dan Akhirat telah diterangkan oleh berbagai-bagai riwayat-riwayat, ada riwayat yang mengatakan beliau itu seorang nabi dan ada riwayat yang mengatakan beliau
hanya seorang hamba yang salih bukannya nabi. Kebanyakan Mufassirin berpegang dengan riwayat yang kedua ini. Kemudian dicerita pula bahwa beliau adalah seorang hamba bangsa Habsyah, dan ada pula cerita mengatakan beliau seorang yang berasal dan Nubah (di Timur LautAfrika). Begitu juga ada cerita yang mengatakan beliau hidup dalam kalangan Bani Israel sebagai salah seorang dan hakim-hakim mereka. Walau bagaimanapun hakikat beliau, namun al-Qur’an telah menjelaskan bahwa beliau telah dikurniakan Allah hikmat yang isi kandungan dan tujuannya ialah bersyukur. kepada Allah, “dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan hikmat kepada Luqman (dia berkata) Bersyukurlah kepada Allah”, ini adalah bimbingan al-Quran secara tidak langsung supaya bersyukur kepada Allah sebagai mencontohi Luqmanul-Hakim yang telah dipilih untuk mengemukakan kisahnya dan perkataannya. Di samping bimbingan secara tidak langsung ini terdapat pula satu bimbingan yang lain, yaitu kesyukuran kepada Allah merupakan satu bekalan yang berguna kepada orang yang bersyukur, sedangkan Allah terkaya darinya. Allah itu terpuji dengan zat- Nya walaupun tidak dipuji oleh sesiapa pun dan makhluk-Nya:

12. “Dan. barang siapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya dan barang siapa yang kufur, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Kaya dan Maha Terpuji.” Oleh itu orang yang paling tolol ialah orang yang tidak mengikut hikmat ini dan tidak mengumpul modal bekalan yang seperti ini untuk faedah dirinya.

Pentafsiran ayat 13
Kemudian datang pula persoalan tauhid di dalam bentuk nasihat Luqmanul-Hakim kepada anaknya:
13. “Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberi nasihat kepadanya: Wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan
Allah, sesungguhnya syirik itu adalah satu kezaliman yang amat besar.” Ini adalah satu nasihat yang jujur karena tiada lain tujuan seorang bapa melainkan supaya anaknya mendapat kebaikan dan tiada sikap yang wajar bagi seorang bapa terhadap anaknya melainkan memberi nasihat. Disini Luqmanul-Hakim melarang anaknya dan mempersekutukan Allah dengan alasan bahwa perbuatan syirik adalah suatu yang amat besar. Beliau menekankan hakikat ini dua kali. Sekali dengan mengemukakan larangan dan menjelaskan alasannya dan sekali lagi dengan menggunakan kata-kata pengua yaitu “inna” dan “lam” pada “lazulmun”. lnilah hakikat yang dikemukakan Nabi Muhammad s.a.w. kepada kaumnya lalu mereka mernpertikaikannya dan mengatakan penceritaan ini sebagai ada udang disebalik hatu. Mereka takut penceritaan ini bertujuan untuk mencabut kekuasaan mereka dan menunjukkan kelebihan ke atas mereka. Apakah yang ada pada nasihat Luqmanul-Hakim yang dikemukakan kepada anaknya? Tidakkah nasihat seorang bapa kepada anaknya itu bersih dari segala keraguan dan jauh dari segala sangkaan yang buruk? Sebenarnya itulah hakikat yang amat tua yang disebut oleh setiap orang yang dikurniakan Allah pengetahuan hikmat yang bertujuan semata-mata untuk kebaikan bukannya tujuan yang lain darinya. lnilah penerangan psikologi yang dimaksudkan disini.

Pentafsiran ayat-ayat 14 - 15
Di bawah bayangan nasihat bapa kepada anak, al-Qur’an menjelaskan hubungan di antara dua ibu bapa dan anak-anak dengan uslub yang amat
halus. Ia menggambarkan hubungan itu dengan satu gambaran yang menarik, penuh mesra dan lemah lembut, namun demikian hubungan ‘aqidah adalah tetap diutamakan dan hubungan darah yang erat itu:

14. “Dan Kami telah menyuruh manusia supaya berbakti kepada dua orang tuanya. Dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya datam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa engkau dan kepada-Ku tempat kembali.”

15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukan- Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau ta’atkan kedua-duanya dan sahabatilah kedua mereka dengan baik di dunia ini, dan ikutilah jalan orang-orang yang kembali kepada-Ku, kemudian kepada-Kulah tempat kembali kamu dan Aku akan memberitahu kepada kamu segala perbuatan yang telah dilakukan kamu.”
Perintah kepada anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa berulang-ulang kali disebut di dalam al-Qur’anul-Karim dan di dalam suruhan-suruhan Rasulullah s.a.w., tetapi perintah kepada ibu bapa supaya berbuat baik kepada anak-anak hanya disebut sedikit sahaja dan kebanyakannya mengenai peristiwa menanam anak hidup-hidup, yaitu satu peristiwa tertentu yang berlaku di dalam suasana-suasana tertentu. Ini disebabkan karena fitrah semulajadi sahaja sudah cukup untuk mendorong ibu bapa mengambil berat terhadap keselamatan anak-anaknya. Fitrah semulajadi memang didorong ke arah melindungi generasi baru untuk menjamin kesinambungan hayat sebagaimana yang dikehendaki Allah. Ibu bapa akan mengorbankan tubuh badan mereka, saraf mereka, umur mereka dan segala sesuatu yang mahal yang dimiliki mereka demi kepentingan anakanak mereka. Mereka membuat pengorbanan-pengorbanan itu tanpa bersungut atau mengadu, malah tanpa kesedaran mereka, malah mereka berkorban dengan cergas dan senang hati seolah-olah merekalah yang menerima. Pendeknya fitrah semulajadi sudah cukup untuk mendorong ibu bapa menjaga anak-anaknya tanpa perintah, cetapi kepada si anak pula ia perlu diperintah berulang-ulang kali supaya memberi perhatian kepada generasi ibu bapa yang berkorban dan yang berundur ke belakang hayat setelah mencurahkan usia dan jiwa mereka kepada generasi baru yang menghadapi masa depan hayat. Si anak tidak dapat menggantikan separuh pengorbanan yang telah dilakukan orang tuanya walaupun dia memberi seluruh umurnya untuk mereka. Gambaran menarik di dalam ayat “dia telah dikandung ibunya yang mengalami kelemahan demi kelemahan dan masa lepas susunya dalam dua tahun” adalah menggambarkan bayangan dan pengorbanan mereka yang luhur itu. Si ibu sudah tentu menanggung habuan pengorbanan yang lébih bèsar dan dia melakukan pengorbanan itu dengan perasaan kasih mesra yang lebih hebat, lebih mendalam, lebih lembut dan halus. Al-Hafiz Abu Bakr al-Bazzar telah meniwayatkan dalam musnadnya dengan sanadnya dan Burayd dari bapanya bahwa seorang lelaki mengerjakan tawaf dengan mendukung ibunya lalu dia bertanya Nabi s.a.w.: “Adakah saya telah membayar haknya (ibunya) beliau: “Tidak, tidak, walau senafas pun”. Demikianlah dia tidak dapat membalas budi ibunya walau senafas pun dan masa ia mengandung atau masa dia bersalin. Dia mengandungnya dengan mengalami kelemaham demi kelemahan. Di bawah bayangan gambaran yang penuh mesra itu, al-Quran menyuruh manusia supaya bersyukur kepada Allah selaku Pengurnia ni’mat yang pertama dan berterima kasih kepada ibu bapa selaku pembuat budi atau pemberi ni’mat yang kedua. Al-Quran rnengatur kewajipan, mula-mula bersyukur kepada Allah kemudian berterima kasih kepada dua ibu bapa:

14. “Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibu bapa engkau” kemudian ia kaitkan hakikat ini dengan hakikat hari Akhirat “dan kepada- Ku tempat kembali”, di mana bergunanya modal bekalan amalan bersyukur itu. Tetapi hubungan dua ibu bapa dengan anak itu walaupun begitu erat
mesra dan mulia namun dalam susunan tertib ia hanya menduduki tempat yang kedua selepas hubungan ‘aqidah. Baki perintah kepada manusia dalam hubungan mereka dengan ibu bapa ialah:

15. “Dan jika mereka berdua mendesak engkau supaya mempersekutukanKu dengan sesuatu yang engkau tidak mengetahui, maka janganlah engkau ta’atkan kedua-duanya.” Sampai di sini gugurlah kewajipan ta’at kepada dua ibu bapa, dan di sinilah meningkatnya hubungan ‘aqidah mengatasi segala hubungan yang lain. Walau bagaimana hebat usaha, perjuangan, desakan dan penerangan yang dikemukakan oleh ibu bapa dengan tujuan memujuk si anak supaya mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diketahui ketuhanannya, maka dia diperintah supaya jangan ta’at kepada kehendak dua ibu bapa itu. Itulah perintah dan Allah selaku tuan punya hati yang pertama yang pasti ditaati Tetapi perbezaan ‘aqidah di antara anak dan ibu bapa, juga perintah supaya jangan menta’ati ibu bapa dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan ‘aqidah, tidaklah menggugurkan hak ibu bapa dari rnendapat layanan yang baik dan pensahabatan yang mesra dari anak-anaknya:

15. “Dan sahabatilah kedua mereka dengan baik di dunia ini.” Hidup dunia ini hanya merupakan satu perjalanan yang pendek yang tidak menjejaskan hakikat yang pokok:
15. “Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku.” Itulah jalan orang-orang yang beriman.
15. “Kemudian kepadaKulah tempat kembali kamu.” laitu selepas selesai perjalanan hidup dunia yang terbatas.
15. “Dan Aku akan memberitahu kepada kamu segala perbuatan yang telah dilakukan kamu.”
Setiap orang akan menerima balasan dan amalannya yaitu amalan kufur atau bersyukur, syirik atau tauhid. Menurut riwayat, ayat ini juga ayat Surah al-’Ankabut yang sama dan ayat al-Ahqaf adalah diturun karena peristiwa Saad ibn Abu Waqqas dengan Ibunya (sebagaimana saya telah jelaskannya di dalam juzu’ yang kedua puluh dalam Sura al-’Ankabut). Menurut riwayat yang lain, ayat ini diturun karena peristiwa Sa’d ibn Malik. Ini diriwayatkan oleh at-Tabrani dalarn kitab al-’Isyrah dengan sanadnya dari Daud bin Abu Hind. Kisah yang disebut dalam Sahih Muslim adalah dari hadith Sa’d ibn Abu Waqqas dan inilah riwayat yang lebih rajih. Maksud ayat ini adalah umum mencakupi segala keadaan yang sama. Ia mengatur hubungan-hubungan di samping mengatur kewajipan-kewajipan, yaitu hubungan dengan Allah merupakan hubungan yang pertama dan menjunjung perintah Allah merupakan kewajipan yang pertama Al-Qur’an menjelaskan dasar ini dan menekankannya pada setiap kesempatan dengan menggunakan berbagai-bagai cara supaya dasar ini tertanam di dalam hati orang-orang yang beriman dengan jelas tanpa sebarang keraguan dan kekaburan.

Pentafsiran ayat 16
Setelah selesai penerangan selingan di dalam nasihat Luqman kepada anaknya itu, al Qur’an menyambung pula nasihat Luqman yang berikut untuk menjelaskan persoalan hari Akhirat dengan hisabnya yang amat halus dan balasannya yang amat adil. Tetapi hakikat hisab dan balasan ini tidak dijelaskan secara bersendirian sahaja, malah dikemukakan di dalam ruangan alam buana yang luas dan dengan gambaran yang berkesan, yang membuat hati menggigil apabila ia menyedari ilmu Allah yang meliputi segala-galanya, yaitu ilmu Allah yang amat halus dan seni:

16. “Wahai anakku! Sesungguhnya jika sesuatu amalan itu hanya seberat biji sawi dan sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di laut atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Pakar.” Tiada satu pengungkapan mengenai kehalusan dan kesyumulan ilmu Allah dan qudrat Nya, juga mengenai kehalusan hisab dan keadilan pertimbangan Allah yang dapat mendampingi pengungkapan al-Quran ini. ltulah kelebihan al-Quran yang penuh mukjizat, indah dan mendalam penerangannya . Sebiji sawi yang kecil, terbuang dan tiada nilai tersembunyi dalam sebiji batu yang pejal, ia tidak kelihaan dan tidak dapat dihubungi “atau berada di langit” yaitu di angkasa raya yang maha luas, di mana bintang yang besar kelihatan seperti sebiji noktah yang terapung-apung atau sebiji debu yang sesat “atau di bumi” Ia hilang tidak kelihatan di dalam debu-debu tanah dan batu-batunya “nescaya akan dibawakannya oleh Allah” yakni ilmu Allah tetap mengikutinya dan qudrat Allah tetap menangkapnya “sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Pakar”. ini adalah satu kesimpulan yang amat sesuai dengan pemandangan sesuatu yang tersembunyi dan seni. Daya khayal kita terus mengikuti biji sawi di tempat persembunyiannya yang amat dalam dan luas itu, dan menyedari bahwa ilmu Allah tetap mengikuti biji sawi itu hingga hati kita menjadi khusyu’ dan kembali kepada Allah Yang Maha halus dan mengetahui segala sesuatu yang tersembunyi. Dan di sebalik itu tertanamlah hakikat persoalan hari Akhirat yang mahu ditanamkan oleh al-Quranul-Karim ke dalam hati manusia dengan cara penerangan yang amat menarik ini.

Pentafsiran ayat 17
Kemudian aI-Qur’an terus menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya. Beliau membawa anaknya mengikuti langkah-langkah ‘aqidah setelah ia tertanam di dalam hatinya, yaitu selepas beriman kepada Allah yang tanpa sebarang sekutu bagi-Nya dan selepas yakin kepada hari Akhirat yang tidak diraguinya sedikit pun itu dan selepas percaya kepada keadilan balasan Allah yang tidak terlepas dari-Nya walaupun sebesar sebiji sawi. Ia membawa anaknya kepada langkah yang kedua yaitu bertawajjuh kepada Allah dengan ibadat solat dan menghadapi manusia dengan berdawah kepada Allah dan sabar memikul tugas-tugas da’wah dan kesulitannya yang pasti dihadapi:

17. “Wahai anakku! Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan dan larangkan mereka berbuat kemungkaran dan sabarlah di atas
kesusahan yang menimpa engkau. Sesungguhnya urusan sedemikian adalah dari unusan-urusan yang dilakukan dengan penuh keazaman.” lnilah jalan aqidah yang tersusun yaitu mentauhidkan Allah, menyedari wujudnya pengawasan Allah, meletakkan harapan pada balasan yang disediakan di sisi Allah, percaya kepada keadilan Allah dan akut kepada balasan Allah, kemudian berpindah pula kepada kegiatan berda’wah, yaitu menyeru manusia memperbaiki keadaan diri mereka, menyuruh mereka berbuat kebaikan dan melarang mereka berbuat kemungkaran. Dan sebelum menghadapi perjuangan menentang kejahatan itu, seseorang harus berbekal dengan bekalan utama yaitu bekalan ibadat kepada Allah, bertawajjuh kepada Allah dengan solat dan sabar menanggung kesulitan yang dialami oleh setiap penda’wah kepada agama Allah, yaitu kesulitan akibat dan kedegilan dan penyelewengan hati manusia, kesulitan akibat dan kelancangan lidah dan dari kejahatan tindak-tanduk manusia, juga kesulitan akibat dan kesukaran kewangan dan pengorbanan jiwa ketika diperlukan keadaan “sesungguhnya urusan sedemikian adalah dan urusan-urusan yang dilakukan dengan penuh keazaman” Maksud ialah memotong jalan ragu-ragu (atau menghapuskan sikap teragak-agak) setelah ditetapkan azam dan dikuatkan tekad.

Pentafsiran ayat-ayat 18 - 19
Kemudian Luqman menyentuh dalam nasihatnya adab cara berdawah kepada Allah bagaimana yang diceritakan oleh al-Qur’an di sini, karena berda’wah kepada Allah tidak mengharuskan seseonang bersifat takbur terhadap manusia atau bersikap angkuh atas nama memimpin manusia ke
arah kebaikan dan lebih-lebih lagi sikap angkuh tanpa berda’wah kepada kebaikan. Ini adalah lebih buruk dan lebih keji lagi:

18. “Dan janganlah engkau palingkan pipi engkau dari manusia (karena takbur) dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan lagak yang angkuh. Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekalian orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” Kata-kata “as-Sa’r” bererti sejenis penyakit unta yang membuat lehernya menjadi teleng. Uslub al-Quran telah memilih kata-kata ini untuk meliarkan manusia dari teleng angkuh yang serupa dengan teleng penyakit unta, yaitu gerak-geri sombong dan tidak menghiraukan manusia, lagak memaling muka menunjukkan kesombongan. Berjalan di bumi dengan lagak yang sombong ialah berjalan dengan gaya takbur dan tidak mempedulikan manusia, yaitu satu lagak yang dibencikan Allah dan dimarahkan manusia. Gerak-geri dan lagak yang seperti ini adalah membayangkan seseorang itu ditimpa penyakit takbur “Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekalian orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” Di samping melarang berjalan dengan lagak yang sombong al-Qur’an menerangkan cara berjalan yang sederhana dan mempunyai tujuan:

19. “Dan sederhanakanlah dalam gaya perjalananmu dan rendahkan suaramu. Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai.” Maksud sederhana di sini ialah gaya berjalan yang hemat, jimat dan tidak melampau, tidak mernbuang tenaga menunjuk-nunjukkan lagak dan lenggang-lenggoknya yang sombong, juga gaya berjalan yang mempunyai matlamat karena perjalanan yang mempunyai tujuan dan matlamat itu tidak teragak-agak dan tidak berlenggang-lenggok malah terus menuju kepada tempat tujuannya dengan mudah dan lancar. Merendahkan suara ketika bercakap membayangkan adab sopan dan kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan kepada kebenaran dan kekuatan apa yang diucapkannya. Orang-orang yang biadab sahaja yang bercakap dengan suara yang keras dan bahasa yang kesat atau orang-orang yang ragu-ragu terhadap nilai perkataannya atau terhadap nilai dirinya sendiri lalu dia berusaha melindungi keraguannya itu di sebalik kata-katanya yang tajam, kasar dan keras. Uslub al-Qur’an membidas perbuatan-perbuatan seperti itu dan menggambarkannya dengan gambaran yang hina dan buruk apabila ia mengulas: “Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai” dengan satu pemandangan yang lucu dan menjijikkan serta menimbulkan perasaan benci dan memandang keji. Tidak mungkin bagi seseorang yang mempunyai hati yang memahami gambaran yang lucu di sebalik pengungkapan yang indah ini kemudian Ia cuba meniru suara keldai itu. Demikianlah berakhirnya pusingan yang kedua setelah selesai
rnemperkatakan persoalan yang pertama dengan penerangan dan uslub yang baru.

 
DAFTAR ISI : 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 -