Saiful Ma'ruf

TAFSIR FI ZILALIL QURAN Al-Ahzab (Ayat 21 – 40)

TAFSIR FI ZILALIL QURAN
“Di bawah bayangan Al-Quran”
Al-Ahzab (Ayat 21 – 40)
Pentafsiran ayat 21
ltulah keadaan orang-orang Munafiqin dan orang-orang yang mempunyai penyakit di dalam hati mereka, juga gambaran penyebarpenyebar khabar angin. ltulah gambaran mereka yang buruk, tetapi malapetaka kesusahan dan ketakutan tidak mengubahkan semua manusia kepada gambaran yang buruk itu, malah di sana ada golongan yang berseriseri gemilang di tengah suasana yang gelap itu, hati mereka begitu tenang di tengah-tengah kemelut itu. Mereka penuh percaya kepada Allah dan redha dengan qadha’ Nya. Mereka yakin mendapat kemenangan dari Allah selepas melalui segala keadaan yang cemas dan nanar ini. Al-Quran memulakan gambaran golongan yang berseri-seri gemilang itu dengan menyebut Rasulullah s.a.w.:

21. “Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, yaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.” Walaupun di dalam suasana yang amat mencemas, susah dan letih lesu ini, namun Rasulullah s.a.w. tetap merupakan sumber keamanan, keyakinan, harapan dan ketenangan kepada kaum Muslimin. Pengkajian terhadap sikap Rasulullah s.a.w. di dalam menghadapi peristiwa peperangan al-Ahzab yang besar ini boleh memberi pedoman dan panduan kepada para pemimpin jama’ah dan pergerakan (da’wah Islamiyah). Ia memberi contoh tauladan yang baik kepada mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan balasan yang balk pada hari Akhirat, juga kepada mereka yang menunjukkan contoh yang baik dan mengingati Allah tanpa melupakan-Nya. Eloklah kita mengetahui serba sedikit tentang sikap Rasulullah s.a.w. ini sebagai contoh, karena kita tidak dapat menghuraikannya dengan terperinci di sini. Rasulullah s.a.w. keluar menggali parit pertahanan bersama-sama kaum Muslimin. Beliau memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodok dan mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang. Beliau turut menyanyikan sajak bersama mereka dengan suara yang tinggi semasa bekerja. Mereka menyanyikan sajak-sajak yang bersahaja yang digubah dan kejadian-kejadian yang berlaku. Misalnya ketika itu ada seorang Islam bernama Ju’ayl. Rasulullah s.a.w. tidak sukakan nama ini, lalu mengubahkannya kepada nama ‘Amr. Lalu orang-orang Muslimin yang berkerja menggali parit itu mendendangkan beramai-ramai sebuah sajak mengenainya yang bersahaja: Beliau menukar namanya Dari Juayl kepada Amr Setiap hari ada sahaja Beliau menolong si malang derita Apabila mereka mendendangkan kata-kata “Amr Rasulullah s.a.w. turut meningkah ‘Amran’. Begitu juga apabila mereka mendendangkan katakata "Zah" beliau turut meningkah “Zahran”.
Di sini dapatlah kita gambarkan betapa mesranya suasana ketika itu, di mana kaum Muslimin bekerja keras (menggali parit) dan Rasulullah s.a.w turut serta memotong dengan kapak, menyodok tanah dengan penyodokpenyodok, mengangkut tanah dengan keranjang-keranjang dan menyanyikan sajak ini bersama-sama mereka. Di sini juga dapat kita gambarkan bagaimana hebatnya suasana mesra ini melepaskan tenaga dan semangat di dalam jiwa mereka, mencurahkan perasaan sukarela, keghairahan, keyakinan dan kebanggaan di dalam hati mereka. Ketika itu Zaid ibn Thabit berada dalam kumpulan yang bertugas mengangkut tanah. Rasulullah s.a.w. telah memujinya, “Dia seorang belia yang amat bagus”. (Pada suatu hari) dia mengantuk dan terus tertidur di dalam parit. Udara ketika itu sangat dingin, lalu ‘Umarah mengambil senjatanya tanpa disedarinya. apabila dia tenjaga dia terkejut, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Abu Ruqad (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah ke mana.” Kernudian beliau bertanya: “Siapa tahu di mana senjala anak muda ini? Jawab ‘Umarah, “Wahai Rasulullah s.a.w.! Senjatanya ada pada saya. Ujar beliau: “Pulangkan senjata itu kepadanya.” Kemudian beliau melarang mereka supaya jangan menakut-nakutkan orangorang Islam dan bergurau dengan mengambil barang-barang kepunyaan mereka. Peristiwa ini menggambarkan betapa mata dan hati Rasululiah s.a.w. sentiasa waspada dan ingat kepada setiap orang yang ada di dalam barisan perjuangan sama ada muda atau tua, juga menggambarkan semangat gurau senda yang rnanis dan mesra (sebagaimana tersemat dalam kata-kata beliau kepada Zaid ibn Thabit): “Wahai Abu Ruqad! (pak tidur) Engkau tidur hingga senjata engkau hilang entah ke mana”. Pada akhirnya peristiwa ini juga menggambarkan keadaan suasana mesra, di mana kaum Muslimin hidup di bawah naungan Nabi mereka dalam masa yang amat genting itu. Di samping itu semangat perjuangan Rasulullah s.a.w. sentiasa melihat kemenangan dari jauh hingga beliau nampak kemenangan itu di dalam cahaya-cahaya api yang tercetus dari batu-batu yang terkena hayunan cangkul, kemudian beliau ceritakannya kepada kaum Muslimin untuk membangkitkan keyakinan dan kepercayaan di dalam hati mereka. Ujar Ibn Ishaq: Aku telah diceritakan dari Salman al-Farisi katanya “Aku sedang mencangkul di suatu sudut parit itu, tiba-tiba satu batu yang keras menyusahkan cangkulku. Rasulullah s.a.w. berada berhampiran denganku. Apabila beliau melihat aku mencangkul dan melihat tempat itu amat keras dan sukar kepada aku, beliau pun turun dan mengambil cangkul dari tanganku lalu beliau cangkulkan tempat itu dengan cangkulan yang kuat hingga terpercik cahaya api, kemudian beliau mencangkul sekali lagi dan cahaya api terpercik pula sekali lagi. Kemudian beliau mencangkul bagi kali yang ketiga dan sekali pula cahaya api itu terpercik”. Ujar Salman: Aku pun berkata: “Demi ayah bondaku, apakah cahaya yang aku narnpak terpancar ketika anda mencangkul itu. Sabda beliau “Engkau nampak cahaya itu, wahai Salman?” Jawab dia, “Ya, saya nampak”. Sabda baliau: “Cahaya api pertama itu mengalamat bahwa Allah akan memberi kemenangan kepadaku mena’luk negeri Yaman, cahaya yang kedua pula mengalamatkan bahwa Allah akan memberi kemenangan kepada aku mena’luk negeri Syam dan negeri sebelah Barat dan cahaya yang ketiga mengalamatkan bahwa Allah akan memberi kemenangan kepada aku mena’luk negeri sebelah Timur”. Tersebut di dalam kitab karangan al-Maqrizi bahwa peristiwa ini adalah berlaku kepada ‘Umar ibn al-Khattab dengan disaksikan oleh Salman al-Farisi r.a. Pada hari ini dapatlah kita gambarkan betapa hebatnya pengaruh katakata beliau itu di dalam hati kaum Muslirnmn yang sedang dikepung oleh serangan musuh itu. Di samping cerita-cerita Rasulullah s.a.w. yang gemilang itu dapatlah pula kita tokokkan dengan cenita Huzayfah yang pulang dari tugas meninjau keadaan bala tentera gabungan. Dia sedang dalam keadaan yang amat sangat
sejuk, sedangkan Rasulullah s.a.w. ketika tu sedang mendirikan solat dengan berselimutkan kain lepas panjang salah seorang isterinya. Tetapi walaupun beliau sedang bersembahyang dan berhubung dengan Allah, namun beliau tidak membiarkan Huzayfah menggelentar kesejukan hingga beliau selesai sembahyang, malah beliau menarik Huzayfah di antara dua kakinya dan campakkan hujung kain lepas itu kepada Huzayfah upaya dia berselimut dengannya sementara beliau meneruskan sembahyangnya hingga selesai, lalu Huzayfah pun menyampaikan berita (pergerakan angkatan musuh) itu kepada beliau. Di menyampaikan berita gembira itu kepada beliau yang telah pun mengetahui berita itu dengan hatinya. Kemudian beliau mengirim Huzayfah untuk menghebohkan berita ini kepada kaum Muslimin, Cerita-cerita mengenai kebenanian Rasulullah s.a.w., ketabahan dan kecekalan beliau dalam menghadapi keadaañ yang ganas itu adalah jelas di sepanjang kisah peperangan itu. Kita tidak perlu lagi menyalinkan ceritacerita itu di sini karena ia sangat masyhur. Amatlah tepat firman Allah S.W.T.:

21. “Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, yaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan
Allah dan keselamatan pada Hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.

Pentafsiran ayat.ayat 22 - 25
Kemudian dikemukakan pula gambaran iman yang kukuh dan tenang dan gambaran cemerlang kaum Mu’minin dalam menghadapi kemelut dan bahaya serangan musuh yang menggoncangkan hati mereka itu. Peristiwa yang menggoncangkan hati itu telah diambil mereka sebagai bahan untuk menambahkan ketenteraman, kepercayaan, keceriaan dan keyakinan mereka:

22. “Dan ketika orang-orang yang beriman melihat tentera-tentera gabungan, mereka berkata: Inilah apa yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya, dan benarlah Allah dan RasulNya, dan pemandangan itu tidak menambahkan mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri (kepada Allah).” Kemelut dan kesusahan yang dihadapi kaum Muslimin di dalam Peperangan Ahzab ini amatlah besar. Ia benar-benar menggoncangkan hati mereka sebagaimana digambarkan Allah Yang Maha Benar:

11. “Di sanalah orang-orang Mu’min diuji dan digoncangkan (hati mereka) dengan goncangan yang amat kuat.” Mereka semua adalah manusia yang mempunyai tenaga yang terbatas dan Allah tidak mentaklifkan mereka lebih dari keupayaan mereka. Walaupun mereka yakin akan mendapat pertolongan Allah pada akhirnya dan walaupun Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan berita gembira kepada mereka tentang kemenangan dan pena’lukan negeri-negeri Yaman, Syam dan negeri di sebelah Barat dan Timur pada masa depan, namun kegawatan situasi itu yang sedang menghadapi kemelut yang hebat itu tetap menggoncang, mencemas dan menyebakkan pernafasan mereka. Di antara cerita-cerita yang lebih menggambarkan keadaan ini ialah cerita Huzayfah. Rasulullah s.a.w. memang rnenyedari keadaan para sahabatnya. Beliau melihat mereka dari dalam jiwa mereka sendiri. Oleh karena itu beliau bersabda: “Siapakah orang yang sanggup keluar meninjau keadaan musuh kemudian balik semula ke sini nescaya akan kupohon kepada Allah supaya Dia jadikannya temanku di dalam Syurga?” Walaupun permintaan beliau itu disertakan dengan syarat kembali pulang dan dengan do’a mendapat ni’mat bersahabat dengan Rasulullah s.a.w. di dalam Syurga, namun tiada seorang pun yang tampil menyahut seruan beliau. Apabila beliau menyebut nama Huzayfah, dia berkata: “Aku tidak dapat mengelak lagi dan tampil berdiri sebaik sahaja beliau memanggilku.” Situasi yang seperti ini tentulah tidak berlaku melainkan dalam keadaan yang paling cemas. Tetapi walaupun mereka berada di dalam ketakutan, di mana mata mereka meliar dan nanar, pernafasan mereka sebak, namun hubungan mereka dengan Allah tidak pernah putus, kefahaman mereka tidak menyimpang dari Sunnatullah dan mereka yakin kepada keteguhan Sunnatullah yang tidak pernah bergoyang. Mereka yakin bahwa titik akhir Sunnatullah itu akan terlaksana apabila titik awalnya telah terlaksana. Oleh karena itulah mereka jadikan kecemasan yang dialami mereka itu sebagai landasan untuk menunggu pertolongan dari Allah. Ini adalah karena mereka percaya kepada firman Allah S.W.T. sebelum ini:

214. “Adakah kamu mengira bahwa kamu akan memasuki syurga sedangkan kamu belum menerima dugaan seperti orang-orang Mu’min yang terdahulu dari kamu? Mereka telah ditimpa malapetaka dan kesusahan dan mereka telah digoncangkan ketakutan sehingga Rasulullah s.a.w dan orang-orang Mu’minin yang ada bersamanya pernah bersungut bilakah tibanya pertolongan dari Allah? (Lalu dijawab): Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (Surah al-Baqarah) Kini mereka sedang digoncangkan ketakutan dan karena itu pertolongan dari Allah sudah dekat kepada mereka. Justeru itu mereka berkata:

22. “Mereka berkata: Inilah apa yang telah dijanjikan Allah dan Rasul dan benarlah Allah itu Rasul-Nya dan pemandangan itu tidak menambahkan mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri (kepada Allah).”

22. “Inilah apa yang telah dijanjikan Allah dan Rasul-Nya.” Ketakutan, kesusahan, kegoncangan dan kesulitan ini adalah semuanya telah dijanjikan Allah bahwa Dia akan memberi pertolongan. Oleh pertolongan itu pasti datang:

22. “Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya” …yakni benarlah Allah dan Rasut-Nya yang telah menunjukkan alamat (kedatangan pertolongan itu) dan karena itu hati mereka tetap yakin kepada pertolongan dan janji Allah:

22. “Dan pernandangan itu tidak menambahkan mereka melainkan keimanan dan penyerahan diri (kepada Allah).” Mereka adalah segolongan manusia belaka. Mereka tidak rnarnpu membersihkan diri mereka dan perasaan-perasaan manusia dan kelemahan Mereka tidak dituntut menjangkau batas-batas jenis mereka sebagai manusia dan tidak pula disuruh keluar dari lingkungan jenis manusia sehingga hilang segala sifat-sifat dan ciri mereka sebagai manusia. Oleh karena itulah Allah jadikan mereka sedemikian rupa supaya mereka tetap dengan sifat-sifat manusia dan tidak berubah kepada jenis makhluk yang lain; tidak berubah kepada malaikat-malaikat tidak pula kepada syaitan syaitan dan tidak pula kepada binatang dan batu batan. Sebagai manusia mereka tetap mengalami rasa takut dan cemas apabila dilanda kesusahan. Hati mereka akan bergoncang apabila menghadapi suasana bahaya yang melewati keupayaan meneka. Namun demikian, hati mereka tetap tertambat pada tali yang kukuh yang menghubungkan mereka dengan Allah. Tali inilah yang menghalangkan mereka dari gugur dan tali inilah yang membaharui harapan
mereka dan mengawal mereka dari rasa putus as.a. Dengan sifat-sifat inilah mereka menjadi contoh yang unik dan tiada tolak bandingnya di dalam sejarah manusia Kita harus memahami hakikat ini supaya kita dapat memahami contoh golongan manusia yang unik ini. Kita harus memahami bahwa mereka hanya manusia. Mereka tidak terlepas dari tabiat manusia termasuk sifat-sifat yang kuat dan sifat yang lemah. Punca keistimewaan mereka ialah karena mereka dengan sifat-sifat manusia mereka telah berjaya mendaki setinggitinggi kemuncak yang disediakan Allah untuk makhluk manusia, yaitu mereka telah memperlihatkan kebolehan mereka memelihara ciri makhluk manusia di bumi dan berpegang kukuh dengan tali perhubungan dengan langit (Allah). Apabila kita melihat kelemahan kita sekali sekala atau kegoncangan dan ketakutan kita sekali sekala atau melihat sekali sekala kecemasan kita dalam menghadapi kesusahan dan bahaya, maka janganlah kita berputus asa dari diri kita dan janganlah kita terlalu terharu hingga menganggap diri kita sudah habis atau tidak layak buat selama lamanya untuk rnemikul tugas yang besar, tetapi di samping itu janganlah pula kita menyokong kelemahan kita dan menyanjungnya sebagai sifat semulajadi manusia dan janganlah pula kita mempertahankan kelemahan itu dengan alasan ia juga telah dialami oleh orang-orang yang lebih baik dari kita. Yang perlu kepada kita ialah berpegang teguh dengan tali Allah untuk bangun kembali dari rebah dan memulihkan semula keyakinan dan ketenteraman kita serta menjadikan kemelut yang menggoncangkan hati kita itu sebagai alamat bahwa kita akan mendapat pentolongan dari Allah. Dengan demikian kita kembali menjadi kuat, teguh dan tenang untuk meneruskan penjalanan. Inilah imbangan yang telah membentuk golongan Muslimin yang menjadi contoh yang unik di zaman permulaan Islam. Merekalah contoh yang disebut-sebut al-Qur’an, di mana diceritakan kisah-kisah perjuangan mereka yang gemilang dan keteguhan mereka memegang janji mereka dengan Allah. Di antara mereka ada yang gugur syahid dan ada pula yang menunggu untuk gugur syahid:

23. “Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang benar benar menunaikan apa yang telah mereka janjikannya kepada Allah. Di
antara mereka ada yang gugur syahid dan di antara rnereka pula ada yang menunggu (mati syahid). Dan mereka tidak mengubahkan janji mereka
sedikit pun.” Mereka ini contoh golongan yang bertentangan dengan golongan yang keji yang berjanji dengan Allah bahwa mereka tidak akan berundur lari dari perjuangan kemudian mereka tidak menepati janji itu:

15. “Sedangkan dahulunya mereka telah berjanji dengan Allah yaitu mereka tidak akan berpaling undur dan janji Allah tetap akan disoal.” Imam Ahmad télah meriwayatkan dengan sanadnya dari Thabit katanya: Bapa saudaraku Anas ibn an-Nadhr r.a. sangat terkilan karena tidak dapat ikut bersama Rasulullah s.a.w. di dalam Peperangan Badar. Dia berkata “Aku tidak ikut berjuang di dalam peperangan pertama yang diceburi Rasululah s.a.w. Demi sesungguhnya jika Allah memberi kesempatan kepadaku berjuang dalam peperangan selepas ini, nescaya Allah dapat melihat bagaimana aku berjuang.” Ujar Thabit: Dia bimbang mengeluarkan perkataan yang lain. Kemudian dia turut berjuang bersama-sama Rasulullah s.a.w. di dalam Peperangan Uhud. Di sana dia bertemu dengan Saad ibn Mu’az r.a., lalu dia berkata kepadanya, “Aku tercium bau Syurga di Bukit Uhud” Kata Thabit: Lalu dia bertempur hingga gugur syahid. Di badannya terdapat lebih lapan puluh luka-luka ditetak, ditikam dan dipanah. Kata saudara perempuannya yaitu ibu saudaraku ar-Rubaiyi binti an-Nadhr: “Aku dapat mengenal mayat saudaraku itu dan jari-jarinya” ujar Thabit: lalu turunlah ayat ini:

23. “Di antara orang-orang yang beriman itu ada orang-orang yang benar benar menunaikan apa yang telah mereka janjikannya kepada Allah. Di antara mereka ada yang gugur syahid dan di antara mereka pula ada yang menunggu (mati syahid). Dan mereka tidak mengubahkan janji mereka sedikit.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai dari hadith Sulaiman ibn al-Mughirah). Gambaran gemilang bagi contoh golongan Muminin ini adalah disebut di sini dengan tujuan untuk menyempurnakan gambaran iman berbanding dengan gambaran nifaq, keimanan yang lernah dan kemungkiran janji dari golongan lawannya supaya perbandingan itu dapat ditunjukkan dengan sempurna dalam rangka tarbiyah melalui peristiwa dari al-Qur’an. Gambaran itu diulaskan pula dengan menenangkan hikmat ujian dan akibat kemungkiran janji dan menyerahkan hal ini semuanya kepada kehendak iradat Allah:

24. “Agar Allah memberi balasan kepada orang-orang yang benar karena janji mereka dan menyeksakan orang-orang Munafiqin jika dikehendaki- Nya atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.” Ulasan sedemikian dibuat di tengah-tengah tayangan peristiwaperistiwa dan pemandangan-pemandangan dengan tujuan untuk memulangkan segala urusan kepada Allah dan untuk menjelaskan hikmat peristiwa itu, karena tiada peristiwa yang sia-sia dan tiada pula yang berlaku secara kebetulan sahaja, malah peristiwa-peristiwa itu adalah berlaku mengikut hikmat dan tadbir yang telah ditentukan Allah dan berakhir dengan kesudahan-kesudahan yang dikehendaki Allah, di mana rahmat Allah terhadap para hamba-Nya dapat dilihat dengan jelas. Rahmat dan keampunan Allah selama-lamanya lebih dekat dan lebih besar:

24. “Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.” Kemudian cerita peristiwa yang besar itu ditamatkan dengan kesudahan yang membenarkan tanggapan orang-orang Mu’minin terhadap Allah, mengesahkan kesesatan orang-orang Munafiqin dan orang-orang yang menyebar khábar-khabar angin dan salahnya tanggapan dan kefahaman mereka, juga menjelaskan nilai-nilai keimanan pada penghabisan peristiwa itu:

25. “Dan Allah telah menghalaukan kembali orang-orang kafir (tenteratentera gabungan) dengan membawa dendam kesumat mereka. Mereka tidak mendapat sebarang kejayaan dan Allah telah menghindarkan orangorang Muminin dari bencana peperangan dan Allah adalah Maha Kuat dan Maha Perkasa.” Peperangan Ahzab itu telah bermula kemudian terus berlangsung dan akhirnya tamat. Allahlah yang memegang teraju peperangan itu. Dialah yang mengendalikannya mengikut kehendak iradat-Nya. Hakikat ini telah diterangkan oleh ayat al-Quran yang tersebut dengan gaya pengungkapannya yang tersendiri, di mana segala peristiwa dan akibat telah disandarkan secara langsung kepada Allah Taala untuk menjelaskan hakikat ini dan menyematkannya di dalam hati dan menerangkan kefahaman Islam yang betul.


Pentafsiran ayat-ayat 26 - 27
Kekalahan itu bukan sahaja menimpa kaum Musyrikin Quraisy dan Ghatafan, malah turut menimpa Bani Qurayzah juga, yaitu kaum Yahudi yang menjadi sekutu kaum Musyrikin:

26. “Dan Allah telah menurunkan golongan Ahlil-Kitab (Bani Qurayzah) yang telah membantu mereka (angkatan musuh) dari kubu-kubu mereka dan mencampakkan perasaan takut ke dalam hati mereka. Sebahagian dari mereka kamu bunuh dan sebahagian lagi kamu tawan.”

27. “Dan Allah telah mewariskan kepada kamu tanah-tanah mereka, rumah rumah dan harta benda mereka, juga tanah-tanah yang belum kamu memijaknya dan Allah adalah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.” Cerita (kekalahan Bani Qurayzah) ini memerlukan sedikit penjelasan mengenai kisah kaum Yahudi dengan kaum Muslimin. Orang-orang Yahudi di Madinah tidak pernah berdamai dengan Islam sejak kedatangannya kepada mereka kecuali dalam masa yang pendek sahaja. Rasulullah s.a.w. telah mengadakan perjanjian damai dengan mereka pada permulaan kedatangan beliau ke Madinah. Dalam perjanjian itu beliau mewajibkan mereka bekerja sama dan membantu untuk menjaga keselamatan Madinah serta mengenakan syarat supaya mereka jangan melakukan pengkhianatan, perbuatan-perbuatan yang jahat, pengintipan dan supaya mereka jangan membantu musuh dan melakukan perbuatanperbuatan yang menyakiti. Tetapi tidak lama kemudian kaum Yahudi merasa bahwa agama yang baru ini mengancam kedudukan tradisional mereka selaku Ahlil-Kitab yang pertama karena dengan sifat inilah membolehkan mereka menikmati kedudukan yang tinggi selama ini di kalangan penduduk Madinah. Mereka juga merasa terancam dengan peraturan baru masyarakat Madinah yang dibawa oleh Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Sebelum ini mereka dapat mempergunakan keadaan permusuhan yang wujud di antara suku Aus dan Khazraj itu untuk mendapat kedudukan yang tinggi di Madinah, tetapi sekarang apabila Islam telah berjaya menyatupadukan Aus dan Khazraj di bawah pimpinan Nabi mereka yang mulia, maka kaum Yahudi tidak lagi berpeluang mendapat air yang keruh untuk mereka menangguk keuntungan di antara dua puak itu. Yang menjadi pukulan yang amat hebat kepada kaum Yahudi ialah apabila Abdullah ibn Salam pendeta dan ahli agama mereka yang terkenal itu memeluk Islam. Allah telah membuka pintu hatinya kepada agama Islam lalu dia memeluknya kemudian dia mengajak semua ahli rumahnya supaya memeluk Islam dan mereka semua telah menganut Islam bersamanya. Tetapi apabila dia bimbang jika dia mengumumkan keislamannya tentulah orangorang Yahudi akan membuat berbagai-bagai tuduhan terhadapnya, maka karena itu dia telah meminta Rasulullah s.a.w. supaya beliau bertanya kepada orang orang Yahudi tentang peribadinya sebelum dia mengumumkan keislamannya kepada mereka. Apabila ditanya, mereka menjawab: Dia (Abdullah) itu penghulu kami dan anak penghulu kami, juga pendeta kami dan orang alim kami. Ketika inilah Abdullah ibn Salam keluar mendapatkan mereka dan meminta mereka supaya beriman sepertinya. Di sinilah mereka terperangkap. Lalu mereka melimparkan kata-kata yang buruk kepada Abdullah ibn Salam dan mengingatkan suku-suku Yahudi supaya berwaspada terhadãpnya. Kini mereka merasa kedudukan keagamaan dan politik mereka benar-benar terancam. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk melancarkan tentangan yang tidak mengenal damai terhadap Muhammad s.a.w. Sejak itu bermulalah peperangan yang tidak pernah damai di antara kaum Yahudi dan Islam sehingga hari ini. Ia bermula dengan perang dingin menurut istilah sekarang, yaitu peperangan propaganda terhadap Muhammad s.a.w. dan terhadap Islam. Di dalam peperangan ini orang-orang Yahudi telah menggunakan berbagaibagai cara yang terkenal di dalam sejarah mereka. Mereka menggunakan cara menaburkan keraguan terhadap kerasulan Muhammad s.a.w. dan melemparkan kekeliruan-kekeliruan di sekitar agama yang baru itu. Mereka menggunakan cara melaga-lagakan di antara orang-orang Islam, sekali di antara Aus dan Khazraj dan sekali pula di antara orang-orang Ansar dan Muhajirin. Mereka menggunakan cara mengintip orang-orang Islam untuk kepentingan musuh musuh mereka dan kaum Musyrikin. Mereka menggunakan orang-orang dalam yang diambil dari orang-orang Munafiqin yang berpura-pura Islam untuk mencetuskan fitnah di dalam barisan orangorang Islam. Akhir sekali mereka menunjukkan tembelang diri mereka yang sebenar dan menggunakan cara menggemblengkan tenaga untuk menyerang kaum Muslimin sebagaimana yang telah berlaku di dalam Peperangan Al Ahzab. Suku-suku kaum Yahudi yang terpenting ialah Bani Qaynuqa’, Bani an-Nadhir dan Bani Qurayzah dan setiap suku itu masing-masing mempunyai masalah dengan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam. Suku Bani Qaynuqa’ merupakan satu suku Yahudi yang paling berani. Mereka menaruh dendam terhadap kaum Muslimin apabila mereka mendapat kemenangan di dalam Peperangan Badar. Mereka bertindak mengganggu orang-orang Islam dan memungkiri perjanjian yang wujud di antara mereka dengan Rasulullah s.a.w. karena bimbangkan kedudukan beliau akan menjadi begitu kuat hingga tidak mampu lagi ditentang mereka apatah lagi setelah beliau berjaya mengalahkan kaum Quraysy dalam peperangan pertama di antara beliau dengan mereka.
Ibn Hisyam telah menceritakan hal mereka di dalam as-Sirah melalui saluran lbn Ishaq katanya: Di antara cerita Bani Qaynuqa’ ialah Rasulullah s.a.w. telah mengumpul mereka di pasar Bani Qaynuqa’ lalu bersabda kepada mereka: “Wahai sekalian orang-orang Yahudi! Takutilah kepada kemurkaan Allah sebagaimana yang telah menimpa kaum Quraysy, peluklah agama Islam karena kamu telah pun mengetahui bahwa saya adalah seorang Nabi yang diutuskan Allah. Semua ini terdapat di dalam kitab suci kamu dan dalam janji Allah kepada kamu.” Jawab mereka:” Wahai Muhammad, janganlah engkau tertipu apabila engkau mendapat kesempatan mengalahkan kaum (Quraysy) yang tidak tahu berperang itu. Kami, demi Allah, jika kami memerangi engkau, nescaya tahulah engkau bahwa kamilah orang-orang yang sebenar handal”. Ibn Hisyam juga telah menceritakan hal mereka melalui saluran Abdullah ibn Ja’far katanya: Di antara cerita Bani Qaynuqa’ ialah ada seorang perempuan Arab datang menjual barangnya di pasar Bani Qaynuqa’. Kemudian perempuan itu duduk bersama seorang tukang emas di pasar itu. Orang-orang Yahudi di situ mahu dia membuka mukanya, tetapi dia enggan lalu tukang emas itu mengambil hujung kain perempuan itu dan mengikatkannya di belakangnya. Apabila perempuan itu bangkit berdiri maka kainnya terus terselak mendedahkan ‘auratnya. Mereka pun ketawa lalu perempuan itu menjerit menyebabkan seorang Islam menyerbu ke arah tukang emas itu dan membunuhnya, lalu orang-orang Yahudi menyerang orang Islam itu dan membunuhnya. Kemudian keluarga orang Islam itu menyeru kaum Muslimin melawan orang-orang Yahudi itu mcnyebabkan mereka marah, lalu terjadilah suatu pergaduhan di antara mereka dengan kaum Yahudi Bani Qaynuqa.
Ibn Ishaq telah menyambungkan cerita ini katanva: Lalu Rasulullah s.a.w. mengepung Bani Qaynuqa’ sehingga mereka bersetuju menerima pengadilannya. Ketika inilah Abdullah ibn Ubay ibn Salul tampil menemui beliau seraya berkata: “Wahai Muhammad, tolonglah layan sekutu-sekutu saya dengan baik” (ketika itu Bani Qaynuqa’ menjadi sekutu orang-orang Khazraj), tetapi Rasulullah s.a.w. tidak menghirau permintaannya, lalu dia merayu lagi, (“Wahai Muhammad, tolonglah layan sekutu-sekutu saya dengan baik.” Rasulullah s.a.w. (sekali lagi) berpaling darinya, lalu dia memasukkan tangannya ke dalam saku baju besi Rasulullah s.a.w. Dan beliau pun bersabda kepadanya: “Lepaskan aku”. Rasulullah s.a.w. kelihatan sangat marah hingga wajahnya berubah dan bersabda lagi: “Lepaskan aku”. Jawab Abdullah: “Tidak, demi Allah saya tidak lepaskan anda sehingga anda berjanji memberi layanan yang baik kepada suku-suku saya. Mereka terdiri dari empat ratus orang yang tidak berbaju besi dan tiga ratus orang yang berbaju besi. Mereka telah mempertahankan saya dari orang-orang Arab dan bukan Arab. Anda boleh membunuh mereka dalam satu pagi sahaja. Sesungguhnya, demi Allah, saya takut ditimpa malapetaka”. Kemudian Rasulullah s.a.w. menjawab: “Baiklah aku serahkan mereka kepada engkau”. Abdullah ibn Ubay ibn Salul pada masa itu mempunyai kedudukan di kalangan kaumnya. Oleh karena itu Rasulullah s.a.w. berkenan menerima permintaannya mengenai Bani Qaynuqa’ dengan syarat mereka meninggalkan negeri Madinah. Mereka dibolehkan mengambil harta benda mereka bersama mereka kecuali senjata. Dengan ini terselamatlah negeri Madinah dan satu masyarakat Yahudi yang mempunyai kekuatan yang peñting. Adapun kaum Yahudi Bani an-Nadhir pula, Rasulullah s.a.w. telah keluar untuk menemui mereka di dalam tahun yang Keempat Hijrah selepas Peperangan Uhud dengan tujuan menuntut mereka supaya bersama-sama membayar diat dua orang yang terbunuh mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan di antara beliau dengan mereka. Apabila beliau menemui mereka, mereka pun berkata: “Baiklah, wahai Abul-Qasim, kami boleh menolong anda memenuhi permintaan yang dipinta anda itu.” Tetapi apabila mereka berkumpul sesama mereka secara diam-diam mereka berkata: Kamu tidak akan menemui lelaki ini (Muhammad) dalam keadaannya yang seperti sekarang. Oleh itu siapa di antara kamu yang sanggup naik ke atas rumah ini dan menggugur batu ke atasnya supaya kita terselamat darinya? Ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang duduk di tepi dinding rumah mereka. Apabila mereka hendak bertindak melaksanakan rancangan mereka yang jahat itu, Allah mengilhamkan kepada Rasulullah s.a.w. dan mendedahkan rancangan mereka terhadap beliau, lalu beliau pun bangkit dari tempat itu dan terus keluar pulang ke Madinah. Beliau memerintah kaum Muslimin supaya bersiap sedia untuk memerangi Bani an-Nadhir itu. Mereka berkubu di dalam kubu-kubu mereka dan Abdullah ibn Ubay ibn Salul kepala Munafiqin telah mengirim utusannya kepada mereka meminta mereka supaya bertahan dengan gagah berani dan gigih. Katanya: “Kami tidak akan menyerahkan kamu (kepada Muhammad). Jika kamu diserang, kami akan bcrpcrang bersama-sama kamu dan jika kamu diusir keluar, kami akan keluar bersama-sama kamu”. Tetapi orang-orang Munafiqin tidak memenuhi janji mereka dan Allah telah mencampakkan perasaan takut ke dalam hati Bani an-Nadhir lalu mereka rnenyerah diri tanpa perang dan pertempuran. Mereka meminta Rasulullah s.a.w. supaya bersetuju melepaskan mereka keluar (dari Madinah) dan memelihara darah mereka dengan syarat mereka dapat membawa harta benda mereka sekadar yang dapat dibawa oleh unta-unta mereka kecuali senjata. Rasulullah s.a.w. telah bersetuju dengan permintaan mereka. Mereka pun keluar menuju Khaybar dan setengahnya menuju ke Syam. Di antara pembesar-pembesar mereka yang menuju Khaybar ialah Salam ibn Abul-Haqiq, Kinanah ibn Ar-Rabi’ ibn Abul-Haqiq dan Huyai bin Akhtab. Merekalah tokoh-tokoh yang disebutsebut sebagai orang-orang yang berusaha mengemblengkan kaum Musyrikin Quraysy dan suku Ghatafan (untuk memerangi kaum Muslimin) di dalam Peperangan Ahzab.
Sekarang tibalah kita kepada kisah peperangan Bani Qurayzah. Di dalam Peperangan Ahzab. Dahulu telah pun diceritakan tentang pendirian mereka yang telah berpaling tadah menyebelahi kaum Musyrikin untuk memerangi kaum Muslimin dengan hasutan pemimpin-pemimpin Bani an- Nadhir terutama Huyai ibn Akhtab. Tindakan Bani Qurayzah membatalkan perjanjian yang dimeteraikan dengan Rasulullah s.a.w. di masa itu lebih menyulitkan kaum Muslimin dan menghadapi serangan tentera tentera gabungan dari luar Madinah.
Di antara cerita yang dapat menggambarkan betapa besarnya ancaman yang dihadapi kaum Muslimin dan betapa besarnya kebimbangan yang ditimbulkan olch undakan Bani Qurayzah yang membatalkan penjanjian itu ialah cerita yang menerangkan apabila berita pembatalan perjanjian itu sampai kepada Rasulullah s.a.w, beliau pun mengutus Sa’d bn Mu’az ketua suku Aus, Sa’d ibn Ubbadah ketua suku Khazraj bersama-sama Abdullah ibn Rawahah dan Khawwat ibn ,Jubayr r.a. Sabda be!iau “Pcrgilah tengok apakah benar berita tindakan kaum Yahudi itu atau tidak? Jika benar berilah satu isyarat yang dapat aku memahaminya dan janganlah kamu menimbulkan keadaan pecah belah pada orang ramai (dengan menghebohkan berita itu), dan jika mereka masih lagi menghormati perjanjian di antara kita dengan mereka, maka hehdaklah kamu hebohkan berita kepada mereka.” Cerita ini menggambarkan bagaimana Rasulullah s.a.w. menduga kesan berita itu kepada orang ramai Muslimin.
Lalu rombongan itu pun keluar menemui Bani Qurayzah dan mereka dapati keadaan mereka lebih buruk dan berita yang sampai kepada mereka.
Mereka mcncaci Rasulullah s.a.w. Mereka berkata Siapakah Rasulullah? Tiada perjanjian dan tiada persetujuan di antara kami dengan Muhammad. Kemudian rombongan itu pulang menyampaikan berita itu kepada Rasulullah sa..w. secara sindiran bukannya secara terus tenang, lalu Rasulullah sa..w. bersabda: “Wahai kaum Muslimin! Bergembiralah!” (Beliau berkata begitu dengan tujuan menguatkan semangat kaum Muslimin dan kesan berita yang buruk itu menjalar di dalam barisan mereka). Ujar lbn Ishaq: Pada masa inilah kaum Muslimin mengalami kesusahan dan kecemasan yang amat benat. Mereka dikepung musuh dari hulu dan hilir sehingga mereka menaruh berbagai-bagai sangkaan dari
setengah-setengah orang Munafiqin memperlihatkan sikap talam dua muka… hingga akhir. Demikianlah suasana di dalam masa Peperangan Ahzab: Apabila Allah S.W.T. menolong Nabi-Nya dengan memberi kemenangan kepada beliau dan mengusir musuh-musuhnya balik membawa
dendam kesumat meneka, maka beliau pun pulang ke Madinah dan kaum Muslimmn pun meletakkan senjata-senjata mereka. Ketika Rasulullah s.a.w. sedang bermandi manda membersihkan dirinya dan debu-debu perjuangan di rumah Ummu Salamah r.a., tiba-tiba Jibril a.s. menjelma dan berkata kepadanya: “Adakah anda telah méletakkan senjata, wahai Rasulullah?” Jawab Basulullah s.a.w “Ya.” Jibril: “Tetapi para malaikat belum lagi meletakkan senjata mereka dan inilah masa kembali memburu musuh.” Kemudian Jibril berkata: “Sesungguhnya Allah memerintah anda bangkit menyerang Bani Qurayzah”. Mereka tinggal beberapa batu dan Madinah. Peristiwa ini berlaku selepas sembahyang Zohor. Rasulullah s.a.w. telah berpesan (kepada kaum Muslimin). “Jangan sesiapa pun sembahyang ‘Asar melainkan di tempat Bani Qurayaah.” Apabila mereka berada di tengah perjalanan, waktu ‘Asar pun masuk lalu setengah mereka menunaikan sembahyang dengan memberi alasan bahwa tujuan pesanan Rasuluflah s.a.w. tadi ialah untuk mempercepatkan penjalanan sahaja, sementara yang lain berkata: Kami tidak akan menunaikan solat ‘Asar melainkan di tempat Bani Qurayzah. Tiada seorang pun dari dua puak itu mencela satu sama lain. Pemergian mereka diikuti oleh Rasulullah s.a.w. Beliau telah melantik Abdullah ibn Ummi Maktum sebagal pemangku pemerintah Madinah dan menyerahkan panji-panji angkaian tentera kepada Ali ibn Abu Talib r.a. Beliau telah memerangi Bani Qurayzah dan mengepung mereka selama dua puluh lima malam. Setelah dikepung sebegitu lama, maka pada akhirnya mereka bersetuju untuk menerima apa sahaja keputusan yang akan dibuat terhadap mereka oleh Sa’d ibn Mu’az ketua suku Aus r.a. karena Bani Qurayzah merupakan sekutu suku Aus di zaman jahiliyah. Mereka percaya bahwa Sa’d ibn Mu’az akan memberi keputusan yáng baik kepada mereka sebagaimana yang telah dilakukan oleh Abdullah ibn Ubay ibn Salul terhadap sekutunya kaum Yahudi Bani Qaynuqa’ sehingga dia dapat meminta Rasulullah s.a.w. membebaskan Bani Qaynuqa’. Oleh itu mereka
fikir bahwa Sa’d juga akan berbuat seperti Abdullah ibn Ubay terhadap mereka. Mereka tidak tahu bahwa Sa’d r.a. telah mendapat kecederaan akibat terkena anak panah di dalam Peperangan Ahzab menyebabkan urat nadi lengannya terputus dan darah keluar tidak berhenti. Rasulullah s.a.w. telah membakarkan luka itu dengan besi panas untuk memberhentikan darahnya dan menempatkannya di sebuah khemah rawatan di dalam masjid agar beliau dapat melawatnya dan dekat. Sa’d telah berdoa kepada Allah: “Ya Allah, jika Engkau telah menetapkan ada lagi peperangan dengan kaum Quraysy, maka panjangkanlah umur kami untuk menghadapi peperangan itu, dan jika Engkau telah memberhentikan peperangan di antara kami dengan mereka, maka hindarkannya, dan janganlah Engkau matikan daku sehingga hatiku puas membalas perbuatan Bani Qurayzah.” Do’anya telah diperkenankan Allah S.W.T. Mereka telah ditakdirkan bersetuju untuk menerima apa sahaja keputusan Sa’d terhadap mereka dengan pilihan dan permintaan mereka sendiri. Ketika itulah Rasulullah s.a.w. menjemput Sa’d dari Madinah supaya datang mengadili Bani Qurayzah. Apabila dia datang dengan menunggang keldai yang khusus disediakan untuknya, maka orang-orang Aus pun datang
merayu kepadanya. Mereka berkata: “Wahai Sa’d! Mereka (Bani Qurayzah) itu adalah bekas sekutu-sekutu engkau. Adililah mereka dengan baik.” Orang-orang Aus tews memujuk Sa’d supaya kasihan belas kepada Bani Qurayzah tetapi Sa’d mendiamkan diri dan apabila mereka terus
mendesaknya, diapun berkata: “Sekarang sarnpailah masa kepada Sa’d membuat keputusan yang tegas karena Allah tanpa mengindahkan celaan
siapa pun.” Mendengar jawapan ini mereka pun faham bahwa Sa’d tidak akan membiarkan Bani Qurayzah itu hidup.
Apabila Sa’d menghampiri khemah Rasulullah s.a.w. beliau bersabda (kepada perajurit-perajurit Islam): Bendirilah kamu sekalian menyambut
ketua kamu”. Mereka sekalian berdiri dan menurunkan Sa’d dari kenderaannya karena menghormati kedudukannya agar ia lebih berwibawa
mengenakan hukuman terhadap Bani Qurayzah. Apabila Sa’d duduk, Rasulullah s.a.w. pun bersabda kepadanya: “Mereka ini”, beliau menunjuk kepada Bani Qurayzah, “telah bersetuju untuk menerima sebarang hukuman engkau. Oleh itu hukumkan mereka dengan apa sahaja hukuman yang disukai engkau.” Lalu Sad r.a. bertanya: Adakah hukuman saya akan diluluskan ke atas mereka?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Ya.” Tanya Sa’d lagi: “Adakah hukuman saya akan dituluskan ke atas orang-orang yang ada di dalam khemah ini Jawab beliau: “Ya.” Tanya Sa’d lagi: “Adakah hukuman saya juga akan diluluskan oleh orang yang berada di sebelah ini?” (Dia menunjukkan ke pihak Rasulullah s.a.w, sambil memalingkan mukanya dan beliau karena menghormatinya). Jawab beliau: “Ya”. Kemudian Sa’d r.a. pun berkata: “Saya membuat keputusan semua perajurit mereka dibunuh, zuriat mereka ditawan dan harta benda mereka dirampas.” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Engkau telah menghukumkan dengan hukuman Allah dan atas tujuh petala langit”. Kemudian Rasulullah s.a.w. memenintah supava digalikan parit dan apabila parit-parit itu siap digali, mereka pun dibawa ke sana dengan tangan yang terikat ke belakang dan dipancung. Jumlah mereka ialah di antara tujuh dan lapan ratus orang. Kanak-kanak mereka yang belum baligh dan wanitawanita mereka dijadikan tawanan dan harta benda mereka dirampas, termasuk dalam kumpulan yang dibunuh itu ialah Huyai ibn Akhtab (pemimpin Bani an-Nadhir) yang turut masuk ke dalam kubu Bani Qurayzah sebagai menepati janjinya dengan mereka. Sejak hari itu lemahlah pengaruh Yahudi dan gerakan talam dua muka di Madinah. Kaum Munafiqin menundukkan kepala meneka dan merasa gentar tenhadap perbuatan-perbuatan yang telah dilakukan mereka. Se!epas peristiwa-peristiwa ini kaum Musyrikin tidak lagi berfikir dan merancang untuk memerangi kaum Muslimin, malah sebaliknya kaum Musliminlah yang memerangi mereka sehingga sampai kepada masa pena’lukan Makkah dan Ta’if . Dapatlah dikatakan bahwa di sana ada hubungan yang rapat di antara gerakan Yahudi dengarn gerakan orang-orang Munafiqin dan kaum Musyrikin. Pengusiran Yahudi dari negeri Madinah telah menamatkan hubungan itu. Di sini dapatlah dilihat satu perbezan amat jelas di antana dua zaman itu di dalam sejarah pertumbuhan dan kemantapan kerajaan Islam. Tepatlah seperti firman Allah:

26. “Dan Allah telah menurunkan golongan Ahlil-Kitab (Bath Qurayzah) yang telah membantu mereka (angkatan musuh) dan kubu-kubu mereka dan mencampakkan perasaan takut ke dalam hati mereka. Sebahagian dan mereka kamu bunuh dan sebahagian lagi kamu tawan.”

27. “Dan Allah telah mewariskan kepada kamu tanah-tanah mereka, rumah rumah dan harta benda mereka, juga tanah-tanah yang belum kamu memijaknya dan Allah adalah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.” Yang dimaksudkan dengan tanah-tanah yang diwarisi oleh kaum Muslimin yang belum dipijak mereka mungkin tanah-tanah kepunyaan Bani Qurayzah yang berada di luar perkampungan mereka, karena harta-harta itu semua termasuk di dalam harta benda mereka yang menjadi milik kaum Muslimin, mungkin juga ungkapan itu merupakan isyarat bahwa Bani Qurayzah akan menyerah tanah-tanah mereka tanpa perang. Jadi maksud “pijak” di dalam ayat ini ialah “perang”.

27. “Dan Allah adalah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.” Ayat ini merupakan ulasan yang diambil dari alam kenyataan. Ulasan ini mengembalikan segala perkara kepada Allah. Ayat yang telah lepas juga, yaitu ketika menceritakan kisah peperangan ini telah mengembalikan segala urusan kepada Allah. Ia menyandarkan tindakan-tindakan di dalam peperangan itu secara langsung kepada Allah untuk menegakkan hakikat yang agung ini yaitu hakikat yang telah ditanamkan Allah di dalam hati kaum Muslimin dengan perantaraan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan dengan penerangan al-Quran selepas berlakunya peristiwa-peristiwa itu supaya menjadi asas kefahaman Islam di dalam jiwa mereka. Demikianlah tamatnya tayangan peristiwa yang amat besar, yaitu satu peristiwa yang mengandungi peraturan-peraturan, nilai-nilai, arahan-arahan dan dasar-dasar yang dibawa oleh al-Quran untuk diterapkan ke dalam hati kaum Muslimin dan kehidupan mereka. Demikianlah peristiwa-peristiwa yang berlaku itu menjadi bahan tarbiyah dan al-Qur’an menjadi pemandu dan penterjemah kehidupan dan peristiwa-peristiwanya, juga penterjemah arah aliran dan kefahamankefahamannya. Kini nilai-nilai telah mantap dan hati menjadi tenang dan yakin melalui ujian-ujian Ilahi dan bimbingan al-Qur’an. (Tamat Juzu’ Yang Kedua Puluh Satu)

JUZU’ YANG KEDUA PULUH DUA
Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih
Kumpulan ayat-ayat 28 - 35
28. Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kamu mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepada kamu bayaran mut’ah dan menceraikan kamu dengan cara yang baik.

29. Dan jika kamu menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta negeri Akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang amat besar kepada mereka yang membuat amalan yang baik di antara kamu.

30. Wahai isteri-isteri Nabi! Barangsiapa di antara kamu yang melakukan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab balasannya dua kali ganda, dan perkara itu adalah amat mudah kepada Allah.

31. Dan barang siapa di antara kamu yang ta’at kepada Allah dan Rasul- Nya dan beramal salih Kami akan kurniakan kepadanya pahala amalannya dua kali ganda dan Kami sediakan untuknya rezeki yang amat mulia.

32. Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu bersikap tunduk berlembut semasa bercakap-cakap (dengan lelaki-lelaki asing) hingga menimbulkan keinginan orang yang mempunyai penyakit di dalam
hatinya, dan bercakaplah di dalam perkara yang baik.

33. Dan hendaklah kamu menetap di rumah kamu dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti pendedahan (wanita-wanita) di zaman jahiliyah
pertama. Dan dirikanlah solat serta keluarkan zakat dan ta’atlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan dosa dari kamu, wahai Ahlil Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu dari ayat-ayat Allah dan hikmat (hadith-hadith rasul), sesungguhnya Allah adalah Maha Halus (tadbirNya) dan Maha Pakar.

35. Sesungguhnya lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang Muslim, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang Mu’min, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang taat, lelaki-lelaki dan perempuan perempuan yang bercakap benar, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang sabar, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang khusyu’, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang bersedekah, lelaki-lelaki dan perempuanperempuan yang berpuasa, lelaki-lelaki dan perempuan perempuan yang memelihara anggota kelamin dan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang banyak mengingati Allah itu adalah telah disediakan Allah untuk mereka keampunan dan pahala yang amat besar.
Pelajaran yang ketiga dari Surah al-Ahzab ini adalah khusus untuk para isteri Nabi s.a.w. selain dari ayat selingan akhir yang menjelaskan pahala
kepada seluruh lelaki dan perempuan Islam. Di dalam ayat-ayat awal surah ini telah disebut bahwa para isteri Nabi itu telah digelarkan sebagai “Ibu-ibu para Mu’minin. Taraf keibuan yang tinggi ini mempunyai kewajipankewajipannya, dan kedudukan mereka sebagai isteri Nabi itu juga
mempunyai tanggungjawab-tanggungjawabnya. Di dalam pelajaran ini disebut sebahagian dari kewajipan-kewajipan itu dan dijelaskan nilai-nilai yang dikehendaki Allah sebagai gambaran dan asas rumahtangga Nabi yang menjadi contoh teladan dan pedoman kepada orang-orang yang menuju jalan Allah.

Pentafsiran ayat-ayat 28 - 29
28. Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu: Jika kamu mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan
kepada kamu bayaran mut’ah dan menceraikan kamu dengan cara yang baik.

29. Dan jika kamu menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta negeri Akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang amat besar kepada mereka yang membuat amalan yang baik di antara kamu. Nabi s.a.w. telah memilih cara hidup berpada-pada untuk dirinya dan keluarganya. Ini bukan karena beliau tidak mampu uniuk hidup mewah, karena beliau telah hidup hingga ke zaman mewah, di mana banyak negerinegeri tertaluk kepadanya dan banyak harta-harta rampasan perang diperolehinya dan di mana orang-orang Islam yang dahulunya tidak mempunyai harta dan bekalan makanan telah menjadi senang. Namun begitu dalam sebulan kadang-kadang dapur rumahnya tidak juga berasap walaupun beliau begitu murah bersedekah, memberi dan menghadiah. Tetapi itulah pilihan beliau yang meletakkan dirinya lebih tinggi dari kemewahan hidup dunia, dan itulah keinginan beliau yang tulus mencari keredhaan di sisi Allah, yaitu keinginan seorang yang mampu hidup mewah tetapi dia sengaja tidak mahu, dan meletakkan dirinya lebih tinggi darinya dan sengaja memilih (cara hidup yang seperti itu). Rasulullah s.a.w. bukanlah diwajibkan oleh aqidah dan syariat supaya beliau dan keluarganya hidup seperti itu. Kenikmatan-kenikmatan dan kesenangan-kesenangan hidup itu bukanlah diharamkan kepadanya mengikut aqidah dan syariat dan beliau tidak sekalikali mengharamkan kenikmatan-kenikmatan itu kepada dirinya apabila keni’matan itu datang kepadanya secara spontan tanpa berusaha dengan susah payah, atau keni’matan itu berada di hadapannya secara kebetulan, tetapi beliau tidak mengejar dan mengingini keni’matan-keni’matan, tidak berpoya-poya di dalamnya dan tidak sibuk memikirkannya. Beliau tidak mentaklikkan umatnya supaya hidup seperti beliau kecuali mereka yang suka hidup begitu karena meletakkan dirinya dimaqam yang mengatasi keni’matan-keni’matan hidup dan karena mahu membebaskan dirinya dari belenggu keni’matan agar hidup merdeka dan keinginan dan kehendakkehendak nafsu. Tetapi para isteri Nabi s.a.w. adalah perempuan-perempuan dan manusia biasa. Mereka mempunyai perasaan-perasaan manusia. Walaupun mereka mempunyai kelebihan, kehormatan dan kedudukan yang amat dekat dengan sumber nubuwah yang mulia, namun keinginan semulajadi mereka kepada kenimatan hidup itu tetap bersemarak di dalam hati mereka. Apabila mereka melihat keadaan hidup yang senang dan mewah yang dikurniakan Allah kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang Mu’minin mereka pun bersungut kepada Rasulullah s.a.w. tentang habuan nafqah mereka. Beliau tidak menyambut baik tuntutan mereka, malah beliau menyambutnya dengan dukacita dan dengan perasaan yang tidak senang, karena beliau ingin mereka hidup dengan cara hidup yang telah dipilihnya, yaitu hidup bebas, luhur dan redha, sunyi dari kesibukan memikirkan urusan-urusan keni’matan hidup. Beliau mahu kehidupannya dan kehidüpan mereka yang berada di dalam naungannya supaya tetap hidup di atas kemuncak yang gemilang itu yang bersih dari pengaruh dan campuraduk hidup dunia ini bukan memandang dari segi halal dan haram, karena perkara-perkara yang halal dan haram itu memang telah jelas, telapi memandang dari segi kebebasan dari godaan-godaan kehidupan dunia yang murah. Beliau amat dukacita dengan tuntuan nafkah yang dikemukakan oleh para isterinya sehingga beliau mengasingkan diri dari para sahabatnya. Ini amatlah menyusahkan mereka. Mereka datang untuk menemui beliau, tetapi tidak diizinkan masuk. Imam Ahmad telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir r.a. katanya: Abu Bakr r.a. telah datang meminta izin untuk menemui Rasulullah s.a.w. dan ramai orang duduk di pintunya, Rasulullah s.a.w. ketika itu sedang duduk, tetapi dia tidak diizinkan masuk. Kemudian datang pula ‘Umar r.a. lalu meminta izin, tetapi tidak juga diizinkan. Setelah itu barulah beliau memberi izin kepada Abu Bakr dan Umar r.a., lalu kedua-duanya masuk. Ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang duduk dan dikelilingi oleh isteriisterinya. Rasulullah s.a.w. diam tidak bercakap. Umar r.a. berkata. Aku pasti bercakap dengan Nabi s.a.w. semoga beliau ketawa. Lalu Umar r.a. pun berkata: “Wahai Rasulullah! Tahukah anda anak perempuan Zaid tadi telah menuntut nafkah (yang lebih) dari saya, lalu saya pukul lehernya?” Nabi s.a.w. terus ketawa hingga ternampak geraham gerahamnya dan bersabda: “Mereka yang ada di sekelilingku ini juga menuntut nafkah dariku.” Lalu Abu Bakar r.a. bangun menuju kepada Aisyah untuk memukulnya, dan Usman r.a., juga bangun menuju kepada Hafsah. Kedua-duanya berkata: “Apakah engkau berdua mahu menuntut sesuatu yang tidak ada pada beliau? Lalu ditahan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian para isteri Nabi s.a.w. pun berkata: “Demi Allah selepas majlis ini, kami tidak akan menuntut kepada Rasulullah s.a.w. sesuatu yang tidak ada pada beliau.” Ujar rawi, di sini Allah Azzawajalla menurunkan ayat yang memberi pilihan kepada mereka, lalu beliau pun menyampaikan pilihan itu mula-mula kepada ‘Aisyah r.a. seraya bersabda: “Abang hendak menyampaikan satu perintah kepada engkau (untuk diputuskan oleh engkau), tetapi abang tidak suka engkau mengambil keputusan yang terburu-buru sehingga engkau (lebih dahulu) berunding dengan dua orang tua engkau”. Lalu Aisyah r.a. bertanya: “Apa dia?” Kata rawi, beliau pun membaca ayat: Lalu Aisyah r.a. berkata: “Adakah dalam perkara hendak memilih abang, hamba patut berunding dengan orang tua hamba? Bahkah hamba tetap memilih Allah dan Rasul-Nya, tetapi hamba harap abang tidak menceritakan pilihan hamba ini kepada mana-mana isteri abang yang lain Rasulutlah s.a.w.: “Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan abang untuk memberi kepayahan, tetapi Dia mengutuskan abang untuk memberi kemudahan. Oleh itu tiada seorang pun dari isteri-isteri (abang yang lain) yang menanyakan abang tentang keputusan yang telah dipilih engkau melainkan abang akan ceritakannya kepada dia.” (Muslim mengeluarkan hadith ini dari hadith Zakaria bin Ishaq) Mengikut riwayat al-Bukhari dengan sanadnya dari Abu Salamah ibn Abdul Rahman bahwa ‘Aisyah r.a. isteri Nabi s.a.w. telah menceritakan kepadanya bahwa Rasulullah s.a.w. telah datang mendapatkannya apabila Allah Ta’ala menyuruh beliau memberi pilihan kepada para isterinya. Kata ‘Aisyah: Rasulullah s.a.w. telah mulakan dengan aku dengan sabdanya, “Abang hendak menyampaikan satu perintah kepada engkau (untuk diputuskan engkau), oleh itu janganlah engkau terburu-buru mengambil keputusan sehingga engkau berunding dengan dua orang tua engkau”. Sedangkan beliau memang tahu bahwa orang tuaku tidak akan menyuruhku bercerai dengan beliau. Kata ‘Aisyah: Kemudian beliau bersabda: Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman: Lalu aku pun berkata: Adakah karena ini hamba patut berunding dengan orang tua hamba? Sesungguhnya hamba tetap mahukan Allah, Rasul- Nya dan negeri Akhirat. Kedatangan al-Qur’anul Karim ialah untuk menggariskan nilai-nilai asasi dalam persepsi Islam terhadap hidup dunia. Nilai-nilai ini pastilah mempunyai terjemahannya yang hidup di dalam rumahtangga Nabi s.a.w. dan kehidupan peribadinya. Nilai-nilai ini pastilah dilaksanakan dengan gambaran yang sejelas-jelasnya di dalam rumahtangga beliau yang selamalamanya menjadi pedoman kepada umat Muslimin dan agama Islam sehingga Qiamat. Kedua-dua ayat yang menawarkan pilihan itu telah diturunkan untuk menggariskan jalan yang betul sama ada memilih hidup dunia dan hiasanhiasannya yang indah atau memilih Allah, Rasul-Nya dan negeri Akhirat, karena hati yang sebiji itu tidak dapat mengisi dua persepsi terhadap hidup dunia dan Allah tidak menjadikan dua hati di dalam dada seseorang. Para isteri Nabi s.a.w. telah pun mengambil keputusan: “Demi Allah, selepas majlis ini kami tidak akan menuntut kepada Rasulullah s.a.w. sesuatu yang tidak ada padanya”. Ayat al-Qur’an itu telah diturunkan untuk menjelaskan lunas persoalan ini. Masalah di sini bukannya masalah ada ataü tidak ada pada Rasulullah s.a.w., tetapi masalahnya ialah membuat pilihan yang mudah di antara memilih Allah, Rasul-Nya dan negeri Akhirat dengan memilih keni’matan dan kesenangan hidup dunia sarna ada khazanah kekayaan bumi berada di dalam tangan mereka atau rumah mereka kosong dari bekalan-bekalan makanan. Mereka telah membuat pilihan yang mutlaq yaitu mereka tetap memilih Allah, Rasul-Nya dan negeri Akhirat setelah ditawarkan pilihan yang tegas ini. Kedudukan mereka yáñg tinggi di sisi Rasulullah s.a.w. melayakkan mereka berada di kemuncak yang tinggi yang sesuai dengan rumah seorang Rasul yang agung. Menurut setengah-setengah riwayat, Nabi s.a.w. amat bergembira dengan keputusan ini. Eloklah kita berhenti sebentar merenungi peristiwa ini dari beberapa sudutnya Peristiwa ini menggariskan persepsi Islam yang jelas terhadap nilainilai. Ia menggariskan jalan kesedaran dan perasaan terhadap dunia dan Akhirat. Ia menghapuskan di dalam hati Muslim segala rasa teragak-agak dan terumbang-ambing di antara memilih nilai-nilai dunia dengan memilih nilai Akhirat, di antara menuju ke hala bumi dengan menuju ke hala langit. Ia membersihkan hati dari segala hubungan yang asing yang menjadi penghalang di antaranya dengan ketulusannya terhadap Allah Yang Tunggal. Dalam satu segi yang lain pula, peristiwa ini menggambarkan kepada kita hakikat kehidupan Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang hidup bersamanya dan berhubung dengannya. Yang paling indah dari hakikat ini ialah kehidupan mereka adalah satu kehidupan seorang manusia biasa, yaitu manusia yang tidak terlepas dari sifat-sifat, perasaan-perasaan dan ciri-ciri mereka sebagai manusia di samping sifat-sifat keagungan mereka yang unik dan ketulusan mereka kepada Allah Yang Tunggal. Perasaan-perasaan dan sentimen sentimen manusia tidak mati d dalam hati mereka, malah meningkat ke tahap yang luhur dari bersih dan noda-noda campur aduk. Tabiat manusia yang manis tetap ada pada mereka, dan tabiat ini tidak menghalang jiwa mereka dari meningkat ke darjat yang paling sempurna yang disediakan kepada manusia. Kita sering kali tersilap apabila kita menggambarkan Nabi s.a.w. dan para sahabatnya dengan gambaran yang tidak sebenar dan tidak lengkap, yaitu gambaran di mana kita rnembersihkan mereka dari segala perasaan dan sentimen manusia dengan anggapan bahwa dengan gambaran ini kita menaikkan darjat mereka dan rnembersihkan diri mereka dan segala sesuatu yang kita fikirkannya sebagai cacat dan lemah. Kesilapan itu melukiskan gambaran yang tidak berpijak di alam kenyataan, yaitu gambaran yang disalutkan dengan lingkaran-lingkaran cahaya kehebatan yang kabur menyebabkan sifat-sifat mereka sebagai manusia tidak ketara lagi, dan karena itu terputuslah hubüngan manusia di antara kita dengan mereka. Rupa mereka di dalam hati kita di tengah lingkaran-lingkaran cahaya kehebatan itu kelihatan lebih dekat kepada bayang-bayang yang tidak dapat disentuh dan dipegang dengan tangan hingga kita merasakan mereka seolah-olah satu makhluk yang berlainan dari kita atau mereka seolah olah malaikat atau makhluk lain seumpamanya yang sama sekali tidak rnempunyai perasaan dan sentimen manusia. Walaupun gambaran khayal ini begitu indah dan berkaca-kaca, namun tidak menjauhkan mereka dari lingkungan kita hingga kita tidak dapat lagi menyontohi dan mengikut jejak mereka karena berputus asa dan kemungkinan dapat meniru mereka secara amali di dalam kehidupan kita di alam kenyataan. Dengan garnbaran sedemikian, hilanglah sepenting-penting unsur penggerak di dalam pelajaran sirah, yaitu unsur yang merangsangkan perasaan kita untuk meniru dan mengambil contoh teladan, karena yang mengambil tempat unsur ini ialah perasaan kekaguman.dan ketajuban yang tidak menghasilkan apa-apa selain dan satu perasaan yang kabur dan tidak jelas, walaupun perasaan ini menarik tetapi ia tidak melahirkan kesan amali di dalam kehidupan kita di alam kenyataan. Kemudian kita juga kehilangan hubungan harmoni yang saling berinteraksi yang hidup di antara kita dengan tokoh-tokoh yang agung itu karena hubungan yang saling berinteraksi itu hanya wujud sebagai hasil dan perasaan kita bahwa mereka adalah manusia yang sebenar, yang hidup dengan sentimen-sentimen, perasaan-perasaan dan emosi-emosi yang sama dengan jenis perasaan- sentimen-sentimen dan emosi emosi yang ada pada kita, tetapi mereka telah meningkat ke taraf yang luhur dan bersih dan noda-noda yang bercampur dengan perasaan-perasaan kita. Hikmat kebijaksanaan Allah amat jelas apabila Dia memilih para rasul- Nya dari jenis manusia juga bukan dari jenis malaikat atau dari jenis makhluk yang lain dari manusia, supaya hubungan yang sebenar tetap wujud di antara kehidupan para rasul dengan kehidupan para pengikut mereka, dan supaya pengikut-pengikut mereka merasa bahwa hati mereka diselubungi perasaan-perasaan dan sentimen-sentimen dan jenis perasaan-perasaan dan sentimen-sentimen seperti mereka juga, walaupun perasaan-perasaan dan sentimen-sentimen para rasul itu telah meningkat ke tahap yang luhur dan bersih. Dengan demikian dapatlah mereka menyintai mereka dengan kecintaan seorang manusia terhadap seorang manusia yang lain dan timbullah keinginan mereka untuk meniru mereka sebagai seorang manusia yang kecil meniru seorang manusia yang agung. Dalam peristiwa yang menawar pilihan itu kita berdepan dengan keinginan tabiat semula jadi para isteri Nabi s.a.w. sebagai perempuan yang memang mengingini keni’matan. Di sini juga kita berdepan dengan gambaran kehidupan rumahtangga Nabi s.a.w. dengan para isterinya yang merungul dan mempersoalkan perkara nafqah kepada beliau. Perbuatan itu mengganggu ketenangan beliau, namun begitu beliau tidak menenima kehendak Abu Bakr dan ‘Umar r.a. hendak memukul Aisyah dan Hafsah karena perbuatan itu. Persoalan di sini ialah persoalan perasaan dan keinginan manusia yang bersih dan meningkat ke tahap yang luhur, tetapi perasaan-perasaan itu tetap tidak padam dan terpendam. Demikianlah keadaan mereka sehingga datang perintah Allah menawarkan pilihan kepada mereka. Lalu mereka tetap memilih Allah, Rasul-Nya dan negeri Akhirat, dan pilihan itu dibuat mereka tanpa sebarang paksaan dan tekanan. Oleh karena itu hati Rasul s.a.w. amat bergembira apabila beliau dapati hati para isterinya juga telah berjaya meningkat ke puncak yang luhur, bersih dan gemilang itu. Kita juga berdepan dengan sentimen manusia yang manis pada hati Rasulullah s.a.w. Beliau amat kasih kepada Aisyah dan mahukan dia meningkat ke taraf nilai-nilai yang dikehendaki Allah untuk beliau dan ahli rumahnya. Oleh karena itu beliau mulakan dengan ‘Aisyah apabila menawarkan pilihan Allah itu. Beliau mahu menolongnva untuk meningkat ke tahap yang luhur dan bersih itu. Beliau meminta kepadanya supaya jangan mengambil keputusan yang terburu-buru sehingga dia berunding dengan dua orang tuanya sedangkan beliau memang tahu bahwa kedua-dua orang tuanya tidak akan menyuruh dia bercerai dengan beliau sebagaimana telah diterangkan olehnya sendiri. Sentimen yang manis di hati Nabi s.a.w. dapat ditangkap oleh daya kefahaman ‘Aisyah, dan karena itu dia dengan sukacita merakamkannya di dalam percakapannya. Di dalam pencakapan ini juga dapat dilihat dengan jelas bahwa Rasulullah s.a.w. amat sayangkan isterinya yang muda itu dan karena itu beliau mahukannya supaya meningkatkan dirinya ke tahap hidup yang dihayati dan kekal bersama-sama beliau pada tahap itu, yaitu bersama-sama berkongsi nilai-nilai yang asasi itu di dalam hatinya sebagai nilai-nilai yang dikehendaki Allah untuk beliau dan ahli rumahnya. Begitu juga dapat dilihat dengan jelas bahwa ‘Aisyah r.a. adalah seorang isteri yang amat bergembira karena mendapat tempat yang teguh di dalam hati Rasulullah s.a.w., karena itu dia dengan sukacita merakamkan kasih sayang beliau terhadap dirinya dan kehendak beliau supaya dia berunding dengan dua orang tuanya untuk memilih puncak yang tinggi dan kekal bersama beliau di puncak yang gemilang itu. Kemudian di sini juga kita dapat diperhatikan perasaan-perasaan keperempuanannya apabila dia meminta Rasulullah s.a.w. supaya beliau jangan menceritakan kepada isteriisterinya yang lain bahwa dia telah memilih beliau apabila ditawarkan pilihan itu. Permintaan ini membayangkan keinginan ‘Aisyah r.a. untuk memperlihatkan bahwa dia telah membuat pilihan yang unik dan berbeza di antara pilihan para isteri beliau yang lain atau dengan setengah-setengah isteri beliau yang lain, malah di sini juga kita dapat perhatikan dari satu
sudut yang lain keagungan nubuwah yang terkandung dalam jawapan Rasulullah s.a.w. apabila beliau bersabda kepada ‘Aisyah r.a.: “Sesungguhnya Allah tidak mengutuskan abang untuk memberi kepayahan, tetapi Dia mengutuskan abang untuk memberi kemudahan. Oleh itu tiada seorang pun dari isteri-isteri (abang yang lain) yang menanyakan abang tentang keputusan yang telah dipilih oleh engkau melainkan abang akan ceritakan kepada dia.” Yakni beliau tidak suka menyembunyikan dari mana-mana isterinya sesuatu yang dapat menolong mereka ke arah kebaikan, begitu juga beliau tidak suka mengujikan dengan ujian yang menyukarkan mereka, malah beliau memberi pentolongan kepada setiap isteri yang berkehendakkan pertolongan supaya dia dapat meningkatkan dirinya ke tahap yang luhur dan dapat membebaskannya dari godaan-godaan kesenangan hidup dunia. Inilah sifat-sifat manusia yang baik yang sayugia kepada kita – ketika menceritakan sirah - jangan menghapuskannya dan jangan mengabaikannya dan seterusnya jangan memperkecilkan nilai-nilai karena dengan memahami hakikat sifat-sifat inilah dapat menjalinkan satu hubungan yang hidup diantara kita dengan syakhsiyah Rasulullah saw, dan syakhsiyah para sahabatnya r.a., yaitu hubungan yang mengandungi rasa saling simpati dan saling mengerti yang merangsangkan hati untuk mencontohi dan meniru mereka di alam kenyataan.

Pentafsiran ayat-ayat 30 - 31
Sekarang marilah kita kembali semula kepada nas al-Qur’an setelah membuat selingan ini dan setelah menggariskan nilai-nilai dunia dan Akhirat dan membuktikan hikmat firman Allah: “Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam dadanya” dalam satu gambaran amali yang berlaku di dalam kehidupan Nabi s.a.w. dan ahli rumahnya. Di dalam nas al- Qur’an itu kita dapati ia mula menerangkan balasan khusus yang disediakan kepada para isteri Nabi s.a.w. sesuai dengan kedudukan mereka yang tinggi di sisi Rasulullah yang terpilih:

30. “Wahai isteri-isteri Nabi! Barang siapa di antara kamu yang melakukan perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab balasannya dua kali ganda, dan perkara itu adalah amat mudah kepada Allah.”

31. “Dan barang siapa di antara kamu yang ta’at kepada Allah dan Rasul Nya dan beramal salih Kami akan kurniakan kepadanya pahala amalannya dua kali ganda dan Kami sediakan untuknya rezeki yang amat mulia.” Itulah tanggungjawab kedudukan mereka yang tinggi selaku para isteri Rasulullah s.a.w. dan selaku ibu-ibu para Muminin. Sifat dan kedudukan inilah yang meletakkan kewajipan-kewajipan yang berat ke atas mereka dan memelihara mereka dari melakukan perbuatan yang keji. Andainya seorang dari mereka melakukan perbuatan yang keji secara terbuka, maka dia akan menerima hukuman azab dua kali ganda. Andaian itu bertujuan untuk menjelaskan tanggungjawab kedudukan mereka yang tinggi itu:

30. “Dan perkara itu adalah amat mudah kepada Allah.” Kedudukan mereka yang tinggi di sisi Rasulullah s.a.w. yang terpilih itu tidak menyukar Allah (untuk menghukum mereka) sebagaimana yang mungkin difikirkan oleh orang-orang yang tertentu.

31. “Dan barang siapa di antara kamu yang ta’at kepada Allah dan Rasul Nya dan beramal salih Kami akan kurniakan kepadanya pahala amalannya dua kali ganda, dan Kami sediakan untuknya rezeki yang amat mulia.” Amalan-amalan yang salih itu merupakan terjemahan amali dari ketaatan dan kerendahan diri kepada Allah:

31. “Kami akan kurniakan kepadanya pahala amalannya dua kali ganda” sebagaimana balasan azab terhadap mereka digandakan dua kali ganda

31. “Dan Kami sediakan untuknya rezeki yang amat mulia.” Dan rezeki itu telah pun disediakan untuknya di samping pahala yang berlipat ganda sebagai limpah kurnia dari Allah.

Pentafsiran ayat-ayat 32 - 34
Kemudian al-Qur’an menerangkan kedudukan istimewa para isteri Rasulullah s.a.w. yang tidak ada pada perempuan-perempuan yang lain dan kewajipan-kewajipan mereka dalam melayani orang ramai, juga kewajipankewajipan mereka di dalam amal ibadat. Kemudian al-Quran menerangkan kepada mereka bagaimana Allah memberi ri’ayah istimewa kepada rumahtangga Nabi yang mulia itu dan menjaganya dari segala noda-noda dan dosa dan mengingatkan mereka agar mengingatkan ayat-ayat al-Quran dan hikmat yang dibaca di rumah-rumah mereka yang menjadikan mereka mempunyai tanggungjawab yang khusus dan meletakkan mereka pada kedudukan yang unik di antara seluruh perempuan-perempuan yang lain:

32. “Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu bersikap tunduk berlembut semasa bercakap-cakap (dengan lelaki-lelaki asing) hingga menimbulkan keinginan orang yang mempunyai penyakit di dalam hatinya, dan bercakaplah di dalam perkara yang baik”.

33. “Dan hendaklah kamu menetap di rumah kamu dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti pendedahan (wanita-wanita) di zaman jahiliyah pertama. Dan dirikanlah solat serta keluarkan zakat dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan dosa dari kamu, wahai Ahlil-Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”

34. “Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu dan ayat-ayat Allah dan hikmat (hadith-hadith Rasul), sesungguhnya Allah adalah Maha Halus (tadbir-Nya) dan Maha Pakar.” Ketika Islam datang, ia dapati masyarakat Arab sama seperti masyarakat-masyarakat yang lain yang wujud pada masa itu yaitu masyarakat yang memandang perempuan hanya sebagai alat keni’matan dan pemuasan-pemuasan hawa nafsu. Oleh karena itu, dan segi insaniyah, masyarakat itu memandang kaum perempuan dengan pandangan yang rendah.
Begitu juga Islam dapati dalam masyarakat Arab semacam kekacauan di dalam hubungan-hubungan seks dan dapati peraturan kekeluargaannya tidak kukuh sebagaimana telah diterangkan di dalam surah ini Hal yang sedemikian ditambah pula dengan pandangannya yang rendah terhadap seks, kejatuhan adirasa kecantikan, pemusatan minatnya kepada nafsu fizikal yang kuat dan tidak memberi perhatian kepada kecantikan yang luhur, tenang dan bersih. Semuanya dapat dilihat dengan jelas di dalam sajak-sajak jahiliyah yang berkisar di sekitar tubuh perempuan dan menekankan perhatiannya di sekitar anggota-anggota dan makna-makna yang paling kasar dari tubuh perempuan. Apabila Islam datang, ia mulai meninggikan pandangan masyarakat terhadap seks dan menekankan sudut insaniyah di dalam hubungan di antara lelaki dan perempuan, karena hubungan ini bukanlah semata-mata bertujuan untuk memenuhi kelaparan jasad dan memadamkan keinginan nafsu daging dan darah yang kuat, malah hubungan itu merupakan pertalian di ancara dua makhluk manusia yang diikatkan dengan kasih sayang. Pertalian ini melahirkan ketenangan dan kesenangan. Pertalian ini mempunyai matlamat yang berhubung kait dengan iradat Allah dalam penciptaan manusia, pembangunan di bumi dan pemerintahan manusia selaku khalifah di bumi dengan Sunnatullah. Demikian Islam mulai memberi perhatian yang berat kepada pertalianpertalian keluarga dan menjadikannya sebagai asas peraturan dan penyusunan masyarakat dan mengirakannya sebagai tapak semaian bagi percumbuhan dan perkembangan generasi generasi baru manusia. Islam mengadakan jaminan-jaminan untuk melindungi tapak semaian ini dan membersihkna dari segala perasaan dan tanggapan yang mengotori udaranya. Undang-undang keluarga rnengambil ruang yang besar di dalam undang-undang Islam dan ruang yang amat nyata di dalam ayat-ayat al- Qur’an. Di samping mengadakan undang-undang itu, Islam juga sentiasa memberi bimbingan untuk menguatkan asas yang pokok yang menjadi capak tegak masyarakat terutama mengenai kebersihan jiwa, kebersihan perhubungan di antara lelaki dan perempuan dan memeliharakannya dari segala perbuatan yang tidak senonoh serta membersihkannya dari kerakusan nafsu walaupun di dalam hubungan jasad semata-mata. Di dalam surah ini, peraturan masyarakat dan urusan keluarga telah mengambil wang yang besar. Di dalam ayat-ayat yang sedang kita bicarakan sekarang ini terdapat firman-firman yang ditujukan kepada para isteri Nabi s.a.w. Ia memberi arahan dan bimbingan kepada mereka mengenai hubungan mereka dengan orang ramai terutama mengenai diri mereka sendiri dan hubungan mereka dengan Allah. Allah berfirman kepada mereka:

33. “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan dosa dari kamu, wahai Ahlil-Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” Sekarang marilah kita perhatikan sarana-sarana untuk menghapuskan dosa dan sarana-sarana untuk membersihkan diri yang diterangkan Allah kepada mereka, sedangkan mereka adalah ahlil rumah dan para isteri Nabi s.a.w. yang merupakan wanita-wanita yang paling bersih di antara seluruh wanita-wanita di muka bumi ini dan sedangkan wanita-wanita lain lebih memerlukan kepada sarana-sarana ini dari mereka yang hidup di bawah lindungan dan rumahtangga Rasulullah s.a.w. Ia dimulai dengan menyedarkan mereka terhadap kedudukan mereka yang tinggi dan kelebihan meneka di atas seluruh wanita yang lain. Ia menerangkan bahwa kedudukan mereka adalah satu kedudukan yang unik di antara seluruh wanita di muka bumi ini dengan syarat mereka memenuhi hak-hak tanggungjawab dan kewajipan-kewajipan yang dikehendaki oleh kedudukan itu.

32. “Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa.” Kamu berada pada kedudukan yang tidak dikongsi oleh mana-mana perempuan pun, tetapi kedudukan ini hanya dicapai dengan taqwa. Persoalan di sini bukannya persoalan semata-mata wujudnya hubungan yang dekat dengan Rasulullah s.a.w., malah pastilah dilaksanakan hak-hak tanggungjawab hubungan yang dekat itu pada diri mereka sendiri. ltulah hak tanggungjawab yang berat yang menjadi landasan agama ini. Hak tanggungjawab ini telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau berseru kepada ahli rumahnya supaya jangan tertipu dengan kedudukan mereka yang dekat dengan beliau, karena kedudukan itu tidak dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. Sabda beliau: “Wahai Fatimah anak Muhammad! Wahai Safiyah anak Abdul Muttalib! Wahai kaum keluarga Mutalib! Aku tidak memiliki apa-apa untuk menyelamatkan kamu dari azab Allah. Mintalah dari hartaku apa yang kamu suka.” (Dikeluarkan oleh Muslim) Di dalam satu riwayat yang lain. “Wahai sekalian kaum Quraysy! Selamatkan diri kamu dari api Neraka. Wahai kaum keluarga Abdul Muttalib! Selamatkan diri kamu dari api Neraka. Wahai Fatimah binti Muhammad! Selamatkan dirimu dari api Neraka, karena sesungguhnya aku tidak miliki apa apa untuk menyelamatkan kamu dari azab Allah, kecuali aku hanya mempunyai hubungan rahim dengan kamu yang aku akan basahkannya (peliharakannya di dunia) dengan sewajarnya”
(Riwayat Muslim dan at-Tirmizi) Setelah menjelaskan kepada mereka tentang kedudukan yang dicapai oleh mereka dengan taqwa itu, maka Allah mulakan dengan menerangkan sarana-sarana yang dikehendaki Allah untuk membersihkan dosa dari ahli rumah Rasulullah s.a.w.:

32. “Oleh itu janganlah kamu bersikap tunduk berlembut semasa bercakap-cakap (dengan lelaki-lelaki asing) hingga menimbulkan keinginan orang yang mempunyai penyakit di dalam hatinya”. Allah melarang mereka apabila mereka bercakap dengan lelaki-lelaki yang asing supaya jangan ada di dalam nada suara mereka sikap tunduk berlemah-lembut yang boleh menimbulkan nafsu berahi pada ka’um lelaki dan pada orang-orang yang berniat serong di dalam hati mereka. Siapakah wanita-wanita yang diperingatkan Allah itu? Mereka ialah para isteri Nabi s.a.w. dan ibu-ibu para Muminin yang tiada siapa pun berniat serong terhadap mereka sekali imbas pada hemat akal. Di zaman manakah peringatan itu? Di zaman Nabi s.a.w., yaitu zaman angkatan manusia pilihan dari seluruh zaman, tetapi Allah yang menciptakan lelaki dan perempuan itu mengetahui bahwa di dalam suara perempuan — apabila ia bercakap dengan sikap tunduk dan dengan kata-kata yang lemah-lembut — ada tarikan yang boleh menimbulkan nafsu keinginan dan niat yang serong pada hati. Kaum lelaki yang berpenyakit (berniat jahat) memang wujud di semua zaman dan di semua masyarakat terhadap semua perempuan walaupun dia isteri Nabi dan ibu para Muminin. Oleh itu kaum penempuan tidak dapat membersihkan diri mereka dari kecemaran dan dosa sehingga mereka menjauhi dari awal-awal lagi segala sebab-sebab yang merangsangkan nafsu yang jahat itu. Bagaimana pula dengan masyarakat yang kita hayati sekarang ini, yaitu masyarakat di zaman kita yang sakit, kotor dan rendah ini, di mana nafsu keinginan dan niat-niat yang serong (terhadap perempuan) bermaharajalela dan subur? Bagaimana pula dengan kita yang berada di dalam suasana (sekarang), di mana segala sesuatu merangsangkan nafsu keinginan dan menggerakkan syahwat seks? Bagaimana dengan kita yang berada dalam masyarakat dan suasana sekarang, di mana kaum wanita bercakap dengan nada-nada yang manja dan lembut gemalai. Mereka mengumpulkan segala daya tarikan wanita, segala daya tarikan seks dan segala yang merangsangkan nafsu kemudian mereka lepaskannya di dalam nada-nada dan nyanyian-nyanyian mereka? Di manakah duduknya mereka dari kebersihan dan kesucian? Bagaimanakah kesucian dan kebersihan dapat subur di dalam udara yang kotor itu, di mana tubuh mereka, lengganglenggok mereka dan suara mereka merupakan kekotoran dan dosa dan noda yang hendak dibersihkan Allah dari para hamba Nya yang terpilih?

32. “Dan bercakaplah dalam perkara yang baik.” Allah melarangkan mereka bercakap dengan nada-nada yang lemahlembut dan dengan gaya yang tunduk, dan di dalam ayat ini pula menyuruh mereka supaya mereka bercakap di dalam perkara-penkara yang baik, karena maudhu’ percakapan juga boleh menimbulkan nafsu sama seperti nada dan gaya bercakap. Oleh itu tidak seharusnya ada - di dalam percakapan di antara lelaki dan perempuan isyarat-isyarat sulit, sindir menyindir dan senda gurau supaya tidak membuka pintu ke arah tujuan yang lain sama ada dekat atau jauh. Allah S.W.T. selaku Pencipta Yang Maha Mengetahui dengan tabiattabiat makhlukNya telah menyampaikan bimbingan ini kepada para ibu Mu’minin yang bersih itu supaya mereka berhati-hati dalam percakapan mereka dengan kaum lelaki di zaman mereka, sedangkan zaman itu merupakan zaman terbaik dari segala zaman.

33. “Dan hendaklah kamu menetap di rumah kamu.” Perintah ini bukanlah bermakna menyuruh mereka supaya tinggal di rumah sahaja tanpa meninggalkannya langsung, malah ía merupakan satu isyarat yang halus agar mereka menjadikan rumah itu tempat yang pokok di dalam kehidupan mereka dan bidang yang lain dari rumah hanya merupakan satu bidang kecuali dan dharurat sahaja, tanpa menetap dan bertungkus lumus. Bidang itu hanya dipenuhi sekadar perlu sahaja. Rumahtangga itulah tempat perempuan. Di sinilah tempat dia mendapati dirinya berada di tempat yang sebenar seperti yang dikehendaki Allah, yaitu berada dalam keadaan yang tidak terpesong, menyeleweng, kotor dan tidak dibebankan dengan tugas-tugas yang bukan tugas-tugas mereka yang sebenar yang telah disediakan Allah mengikut fitrah mereka “Oleh karena Islam mahu mengadakan suasana yang wajar bagi rumahtangga untuk membela dan memelihara kanak-kanak yang dilahirkan di dalamnya, maka Islam telah mewajibkan tanggungan nafkah ke atas lelaki supaya si ibu mendapat tenaga; waktu dan ketenangan yang membolehkannya untuk mengendalikan urusan membela kanak-kanak yang sedang subur itu, juga untuk membolehkannya mewujudkan peraturan, keharuman dan kemanisan rumahtangga. Ibu yang penat bekerja karena mencari makan, ibu yang penat dengan tugas-tugas pekerjaan, ibu yang terikat dengan waktu waktu kerja dan ibu yang menghabiskan daya tenaganya di dalam pekerjaan, tidak dapat memberikan suasana yang selesai dan harum kepada rumahtangga, juga tidak dapat memberikan hak-hak pembelaan yang wajar kepada kanak-kanak yang sedang subur itu. Rumahrumah pegawai-pegawai wanita dan isteri yang bekerja hanya dapat memberi suasana hotel dan kedai sahaja kepada rumahtangga. Di sana tidak ada bau suasana rumahtangga yang harum. Hakikat rumahtangga tidak wujud melainkan apabila diwujudkan oleh wanita, dan keharuman bau rumahtangga juga tidak wujud kecuali bau itu dilepaskan oleh isteri. Kemesraan rumahtangga juga tidak wujud kecuali rumahtangga itu dikendalikan oleh ibu. Oleh itu perempuan atau isteri atau ibu yang menghabiskan daya tenaga jiwanya di dalam pekerjaan tidak akan dapat mencetuskan suasana di dalam rumahtangga kecuati suasana penat, jemu dan bosan. “Keluarnya kaum wanita untuk bekerja merupakan satu malapetaka kepada rumahtangga. Mereka hanya boleh berbuat demikian karena dharurat sahaja, tetapi jika mereka melakukannya dengan sukarela, sedangkan mereka boleh menjauhkannya, maka itu merupakan bala yang akan mengganggu jiwa, hati dan akal di zaman-zaman keruntuhan akhlak, kejahatan dan kesesatan.” Apabila kaum wanita keluar bukan dengan tujuan bekerja, malah dengan tujuan bercampurgaul melakukan pekerjaan-pekerjaan hiburan, membuang masa di kelab dan perhimpunan-perhimpunan sosial, maka ia merupakan suatu kejatuhan di dalam lumpur yang mengembalikan manusia ke padang ragut binatang. Perempuan di zaman Rasulullah s.a.w. keluar ke masjid menunaikan solat tanpa dilarang oleh syara’, tetapi zaman itu adalah zaman kesucian dan taqwa. Mereka keluar sembahyang dengan berkelubung. Tiada seorang pun yang mengenali mereka dan tiada sesuatu pun yang menampakkan kecantikan-kecantikan tubuh badan mereka, namun demikian Siti ‘Aisyah r.a. tidak berkenan mereka keluar menunaikan solat selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Tersebut di dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah r.a. katanya: Dahulu perempuan-perempuan Mu’minat hadir bersembah yang Subuh bersama-sama Rasulullah saw kemudian mereka pulang berkelubung dengan kain-kain panjang mereka tanpa dikenali karena gelap. Tersebut di dalam Sahih al-Bukha ?i dan Muslim lagi bahwa ‘Aisyah telah berkata: Jika Rasulullah s.a.w. mengetahui apa yang dilakukan oleh
perempuan-perempuan (sekarang) tentulah beliau melarang mereka keluar ke masjid-masjid sebagaimana dilarangkan perempuan-perempuan Israel. Apakah yang telah dilakukan oleh perempuan-perempuan semasa hidup Siti ‘Aisyah r.a. itu? Apakah yang mungkin dilakukan mereka sehingga dia berpendapat bahwa Rasulullah s.a.w. akan melarang mereka keluar bersembahyang? Apakah yang dilakukan mereka dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh perempuan-perempuan yang kita lihat pada hari ini?

33. “Dan janganlah karnu mendedahkan diri seperti pendedahan (wanita wanita) di zaman jahiliyah pertama.”
Mereka jangan berbuat begitu apabila mereka terpaksa keluar setelah diperintah supaya mereka tinggal di rumah itu sahaja. Di zaman jahiliyah dahulu perempuan mendedahkan diri mereka, tetapi semua gambaran yang diceritakan mengenai pendedahan perempuan di zaman jahiliyah itu masih kelihatan bersahaja atau sopan jika dibandingkan dengan pendedahan perempuan di zaman ini yaitu zaman jahiliyah kita sekarang. Ujar Mujahid: Dahulu perempuan keluar berjalan di antara kaum lelaki. Itulah pendedahan perempuan di zaman jahiiyah. Ujar Qatadah: Dahulu perempuan berjalan berlenggang-lengguk untuk menarik perhatian lelaki, lalu Allah Ta’ala melarang mereka berbuat demikian. Ujar Muqatil ibn Hayyan: Pendedahan atau Tabarruj ialah meletakkan kain kelubung di atas kepala tanpa mengikatkannya, lalu menampakkan rantai lehernya, subangnya dan bahagian lehernya. Semuanya nampak belaka. Itulah pendedahan. Ujar Ibn Kathir di dalam tafsirnya: Dahulu perempuan lalu di antara kaum lelaki dengan mendedahkan dadanya tanpa dilindungi sesuatu apa. Kadang-kadang dia menampakkan lehernya, rarnbutdi hadapan kepalanya dan subang-subang telinganya, lalu Allah menyuruh perempuan-perempuan yang beriman supaya melindungkan diri mereka dalam semua keadaan. Itulah gambaran gambaran pendedahan atau tabarruj di zaman jahiliyah yang dibicarakan al-Quranul Karim untuk membersihkan masyarakat Islam dan kesan-kesannya dan untuk menghindarkannya dari segala faktor tarikan dan godaan wanita, juga untuk meninggikan adab sopannya, kefahaman-kefahamannya perasaannya dan adirasanya. Kami katakan: Mengenal adirasanya karena adirasa manusia yang hanya tertarik kepada kecantikan badan yang bogel adalah adirasa yang primitif dan kasar dan adirasa ini tidak syak lagi lebih rendah dari adirasa yang tertarik dengan kecantikan yang sopan dan tenang yaitu kecantikan yang membayangkan kecantikan jiwa, kecantikan kesucian diri dan kecantikan perasaan. Ukuran ini adalah satu ukuran yang tepat tidak meleset untuk mengetahui ketinggian dan kemajuan tanah insaniyah. Kesopanan merupakan kecantikan haqiqi yang luhur, tetapi kecantikan yang luhur ini tidak dapat difahami orang yang mempunyai adirasa jahihyah yang kasar, yang hanya melihat kecantikan pada daging yang bogel dan hanya dapat mendengar panggilan keinginan daging yang kasar. Ayat ini memberi isyarat kepada pendedahan perempuan di zaman jahiliyah. Ia menyarankan bahwa pendedahan wanita itu adalah dari sisasisa peninggalan jahiliyah yang sepatutnya bagi orang yang telah melewati zaman - itu meningkatkan kefahaman-kefahamannya, cita-citanya dan perasaan-perasaannya lebih tinggi dan kefahaman-kefahaman, cita-cita dan perasaan-perasaan jahiliyah itu. Jahiliyah bukanlah satu masa yang tertentu dan sesuatu zaman, malah ia adalah satu keadaan sosial yang tertentu yang mempunyai kefahamankefahaman yang tertentu terhadap hidup. Keadaan dan kefahaman ini mungkin terdapat pada mana-mana zaman dan tempat, karena itu ia menjadi menunjuk atau bukti jahiliyah di mana sahaja ia didapati. Dengan ukuran ini kita dapati bahwa kita sekarang sedang hidup dalam satu masa jahiliyah yang buta, berhati kasar, berkefahaman hayawaniyah dan terjerumus ke lembah kehinaan. Dengan ukuran ini kita dapat memahami bahwa kesucian diri dan keberkatan tidak mungkin wujud di dalam masyarakat yang hidup seperti ini, yang tidak mengamalkan sarana-sarana pembersihan diri yang dijadikan Allah sebagai alat untuk manusia membersihkan diri mereka dari kekotoran dan pendedahan zaman jahiliyah. Mereka yang mula-mula mengambilkan sarana-sarana ini ialah ahli rumah Nabi s.a.w. yang sememangnya suci dan bersih belaka. Al-Qur’anul-Karim mengarah para isteri Nabi s.a.w. supaya mengamalkan sarana sarana itu kemudian ia mengikatkan hati mereka dengan Allah dan mengangkatkan pandangan mereka ke arah kemuncak yang bersih dan gemilang untuk mengambil nur hidayat dan pertolongan Ilahi untuk mendaki kemuncak yang bersih dan gemilang itu: 33. “Dan dirikanlah solat serta keluarkan zakat dan ta’atlah kepada Allah dan RasulNya.” Ibadat kepada Allah tidak terpisah dan tatalaku sosial atau akhlak di dalam kehidupan, malah ibadat merupakan jalan untuk meningkatkan diri ke taraf yang gemilang itu. Ia merupakan bekalan bagi orang yang berjalan menuju jalan Allah. Seseorang itu pastilah mempunyai hubungan dengan Allah untuk mendapat pentolongan Ilahi dan bekalan dan untuk membersihkan hatinya. Dia pasti mempunyai hubungan dengan Allah supaya ia dapat meningkatkan dirinya ke taraf yang mengatasi adat kebiasaan manusia, tradisi-tradisi masyarakat dan tekanan alam sekitar, dan supaya dia merasa bahwa dia lebih mendapat hidayat dan lebih tinggi dan manusia dan masyarakat, juga supaya dia merasa benar-benar layak untuk memimpin onang-orang lain menuju nur hidayat bukannya dipimpin oleh orang-orang lain menuju kepada kegelapan dan jahiliyah yang akan menenggelamkan kehidupan manusia apabila meneka menyimpang dari jalan Allah. Islam merupakan satu kesatuan yang mengumpul syi’ar-syi’ar ibadat, adab-adab cara dan akhlak, undang-undang dan peraturan. Seluruhnya berada di dalam ‘aqidah dan tiap-tiap satunya berperanan untuk merealisasikan ‘aqidah dan semuanya selaras menuju satu haluan. Dari kesatuan dan keselarasan inilah tegaknya entiti agama dan tanpa kedua duanya entiti Islam tidak akan wujud. Oleh sebab itulah perintah mendirikan solat, mengeluarkan zakat, taat kepada Allah dan Rasul-Nya itu merupakan penamat arahan-arahan membentuk kesedaran, akhlak dan tatalaku yang ditujukan kepada ahli rumah Rasulullah s.a.w. yang mulia itu, karena arahan-arahan itu tidak dapat ditegakkan tanpa amalan ibadat dan kecacatan. Semuanya iu untuk merealisasikan hikmah, tujuan dan matlamat yaitu:

33. “Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan dosa dari kamu, wahai Ahlil-Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” Ungkapan ini mengandungi berbagai-bagai saranan yang membayangkan kasih mesra Ilahi (terhadap Ahlil-Bait). Allah menamakan mereka Ahill-Bait (ahli rumah) tanpa sifat dan tambahan yang lain kepada rumah itu seolah-olah rumah itu hanya sebuah rumah sahaja di alam ini yang mempunyai sifat ini. Apabila disebut sahaja bait maka semua orang mengenalinya sama seperti mereka mengenali Kaabah apabila dipanggil Baitullah, Baitul al-Haram dan al-Bait. Oleh itu ungkapan Ahlil-Bait itu merupakan suatu penghormatan dan keistimewaan yang amat besar kepada Rasulullah s.a.w. Allah berfirman:

33. “Sesungguhnya Allah bemaksud hendak menghapuskan dosa dari kamu, wahai Ahlil-Bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya” Dalam ungkapan ini terselit kemesraan Ilahi yang menjelaskan sebab dan tujuan perintah-perintah itu, yaitu kemesraan Ilahi yang membuat Ahlil- Bait itu merasa bahwa Allah Yang Maha Tinggi sendiri yang mengendalikan pembersihan diri mereka dan menghapuskan segala noda dan dosa dari mereka. ltulah ni’ayah Ilahi secara langsung terhadap Ahlil-Bait. Apabila kita mengetahui bahwa yang mengeluarkan kenyataan itu ialah Allah Pencipta alam buana Yang Maha Mulia, Maha Perkasa, Maha Gagah dan Maha Agung, maka tahulah kita betapa tingginya penghormatan Ilahi itu. Allah S.W.T. membuat kenyataan ini dalam kitab suci-Nya yang dibaca di alam Al-Malaul-Ala dan dibaca di bumi di setiap tempat dan waktu, di mana berjuta-juta manusia yang beribadat dengannya dan berjuta bibir yang menyebutnya. Akhirnya Allah jadikan perintah-perintah dan arahan-arahan itu sebagai sarana untuk menghapuskan noda dan dosa yang boleh mencemarkan rumahtangga Rasulullah s.a.w.. Pembersihan itu merupakan usaha membersih dan menghapuskan kekotoran dan kecemaran yang dilakukan dengan sarana-sarana yang diamal dan dilaksanakan manusia dalam kehidupan mereka di alam kenyataan. Inilah jalan Islam yaitu mewujudkan kesedaran dan taqwa di dalam hati, tingkahlaku dan amalan di dalam kehidupan. Hanya dengan kedua-dua inilah sahaja sempurnanya keislaman seorang dan terlaksananya matlamat dan tujuan Islam di dalam hidup manusia. Arahan-arahan kepada para isteri Rasulullah s.a.w itu ditamatkan dengan mengingatkan mereka terhadap kedudukan mereka yang tinggi dan istimewa di sisi Rasulullah s.a.w., yaitu menjadikan rumah mereka sebagai tempat turunnya al-Quran (tempat lahirnya hikmat (hadith), tempat terbitnya nur hidayat dan iman:

34. “Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumah-rumah kamu dan ayat-ayat Allah dan hikmat (hadith hadith Rasul), sesungguhnya Allah adalah Maha Halus (tadbir-Nya) dan Maha Pakar.” Itulah limpah kurnia Ilahi yang amat besar dan cukuplah bagi seorang merasakan kebesaran nikmat itu dan kehalusan ciptaan Allah pada ni’mat dan kelimpahan ni’mat yang tiada tolok bandingnya itu. Peringatan yang seperti ini juga terdapat pada akhir firman Allah yang menawarkan pilihan kepada para isteri Nabi s.a.w. di antara keni’matan hidup dunia dan hiasannya dengan memilih Allah, Rasul-Nya dan negeri Akhirat. Di sini ketaralah betapa besarnya ni’mat Allah terhadap mereka dan betapa kerdilnya keni’matan hidup dunia dengan segala kemewahan dan hiasannya.

Pentafsiran ayat 35
Dalam rangka usaha membersihkan masyarakat Islam dan menegakkan kehidupannya di atas landasan nilai-nilai yang dibawa Islam yang mencakupi lelaki dan perempuan, maka al Quran menyebut sifat sifat yang dapat menegakkan nilai nilai itu dengan terperinci:

35. “Sesungguhnya lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang Muslim, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang Mumin, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang taat, lelaki-lelaki dan perempuan perempuan yang bercakap benar, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang sabar, lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang khusyu, lelaki lelaki dan perempuan-perempuan yang bersedekah, lelaki-lelaki dan perempuanperempuan yang berpuasa, lelaki-lelaki dan perempuan perempuan yang memelihara anggota kelamin dan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang banyak mengingati Allah itu adalah telah disediakan Allah untuk mereka keampunan dan pahala yang amat besar.” Sifat-sifat yang terkumpul di dalam ayat ini adalah sifat-sifat yang bekerjasama dalam membentukkan jiwa Muslim yaitu Islam, iman taat, bercakap benar sabar, khusyu, bersedekah, berpuasa, memelihara anggota kelamin dan banyak menyebut Allah. Tiap-tiap sifat ini mempunyai nilainya masing-masing dalam pembentukan syakhsiyah Muslim. Ciri keislaman ialah menyerah diri, ciri keimanan ialah tasdiq, dan di antara keduanya terdapat hubungan yang rapat atau salah satunya merupakan muka yang kedua kepada muka yang satu lagi. Penyerahan diri adalah hasil tasdiq karena tasdiq yang sebenar melahirkan penyerahan diri kepada Allah. Ciri keta’atan adalah hasil dari keislaman dan keimanan yang lahir dari hati yang redha bukannya dan paksaan luar. Ciri bercakap benar ialah sifat yang mengeluarkan orang-orang yang tidak bersifat dengannya dari banisan umat Muslimin karena firman Allah:
105. “Orang yang mengada-adakan pembohongan itu hanyalah orangorang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah.” (Surah an-Nahl) Oleh itu pembohong adalah dibuang dari barisan umat Muslimin yang bercakap benar. Sabar ialah sifat (yang perlu kepada seorang Muslim) karena tanpa sifat ini dia tidak berdaya menjunjung aqidahnya dan melaksanakan komitmen-komitmennya. Aqidah Islam memerlukan seorang itu sabar di dalam setiap langkahnya, sabar menahan hawa nafsunya, sabar menempuh kesulitan-kesulitan da’wah dan penindasan manusia, sabar menghadapi kecurangan, kelemahan, penyelewengan dan keragaman manusia, sabar menghadapi ujian, dugaan dan fitnah dan sabar menghadapi kesenangan dan kesusahan, karena kesabaran ketika mendapat kesenangan dan kesusahan itu amat sulit dan sukar. Ciri khusyu’ ialah sifat hati dan anggota yang menunjukkan hati itu tunduk kepada kebesaran Allah, merasakan kehebatan-Nya dan bertaqwa kepadaNya. Ciri bersedekah ialah tanda kebersihan diri dari kebakhilan, tanda adanya kasihan belas terhadap manusia, tanda adanya semangat perpaduan dan saling membantu di dalam kelompok Muslimin. Ia juga merupakan penunaian terhadap hak tanggungjawab harta dan pernyataan kesyukuran kepada Allah yang mengurniakan nimat. Ciri berpuasa: Ayat ini telah menjadikan ibadat puasa sebagai salah satu sifat-sifat asasi. Ini menunjukkan puasa itu adalah satu kesanggupan yang berterusan dan tetap, yaitu kesanggupan mengatasi kehendak-kehendak keperluan dan kesabaran menahankan diri dari keperluan-keperluan hidup yang utama. Ia juga merupakan pernyataan iradat (yang gigih) dan pernyataan bahwa sifat insaniyah pada makhluk manusia ini mengatasi sifat haiwaniyahnya. Ciri memelihara anggota kelamin termasuk membersih dan mengawal diri dari dorongan nafsu keinginan yang paling kuat dan mendalam dalam struktur kejadian manusia. Hanya orang yang bertaqwa sahaja yang dapat
mengawal desakan keinginan ini. Ia juga mencakupi usaha mengatur hubungan lelaki dan perempuan dan meningkatkan matlamat yang lebih tinggi dari kepuasan nafsu semata-mata dalam hubungan lelaki dan perempuan serta menundukkan hubungan itu kepada kehendak syariat Allah dan kepada hikmat dan tujuan yang tinggi dari penciptaan lelaki dan perempuan, yaitu hikmat dan tujuan untuk mengimarahkan bumi dan meninggikan kehidupan manusia. Ciri banyak menyebut Allah merupakan rantai hubungan di antara seluruh kegiatan seorang dengan ‘aqidah dan kepercayaannya kepada Allah. Ia membuat hati terkenang kepada Allah di setiap saat. Fikiran dan gerakgerinya tidak pernah putus dan rantai hubungan yang kukuh dengan Allah. Hatinya disirami kemanisan zikir yang mencurahkan nur hidayat dan membangkitkan hayat padanya.
Orang-orang yang terkumpul pada diri mereka sifat-sifat ini yaitu sifatsifat yang berkerjasama membentuk syakhsiyah Muslimin yang sempurna
itu, maka untuk mereka:

35. “Disediakan Allah untuk mereka keampunan dan pahala yang amat besar.” Demikianlah ayat ini menyebut sifat-sifat am Muslimin dan Muslimat dan asas-asas syakhsiyah mereka setelah ia menyebut sifat-sifat khusus para isteri Nabi s.a.w.. pada awal pusingan surah ini. Di dalam ayat ini perempuan disebut di samping lelaki sebagai sebahagian dari usaha Islam untuk meningkatkan nilai kaum perempuan dan meninggikan pandangan terhadap mereka di dalam masyarakat serta memberikan kepada mereka tempat yang sama di samping lelaki dalam hubungan mereka dengan Allah dan dalam tugas-tugas kewajipan agama, yaitu tugas-tugas membersihkan diri, membuat amal ibadat dan berkelakuan yang baik dan lurus di dalam kehidupan.

Kumpulan ayat-ayat 36 - 48
36. Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan — apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara — membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan barang siapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat nyata.

37. Dan (kenangilah) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan Allah ni’mat (Islam) kepadanya dan engkau juga telah memberi ni’mat (kemerdekaan) kepadanya: Peganglah (jangan cerai) isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah! Sedangkan engkau menyembunyikan di dalam hatimu rahsia yang telah dinyatakan Allah (kepadamu) dan engkau takut kepada manusia, sedangkan Allah itulah yang lebih wajar ditakuti engkau. Dan apabila Zaid telah mengakhiri kehendaknya terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan bagi orang-orang Muminin untuk mengahwini isteri anak-anak angkat mereka apabila mereka telah mengakhiri kehendak mereka terhadap isteri-isteri mereka, dan keputusan Allah itu adalah keputusan yang tetap terlaksana.

38. Tidak ada sebarang keberatan kepada Nabi dalam melaksanakan perintah yang telah ditetapkan Allah kepadanya sebagal Sunnatullah yang
telah berlaku kepada nabi-nabi yang telah berlalu, dan keputusan Allah itu adalah keputusan yang tetap terlaksana.

39. Yaitu nabi-nabi yang menyampaikan risalah-risalah Allah serta takut kepada-Nya dan mereka tidak takut kepada seorang pun melainkan hanya kepada Allah, dan cukuplah Allah sendiri menjadi Penghisab.

40. Muhammad itu bukanlah bapa kepada mana-mana lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penamat sekalian nabi, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

41. Wahai orang-orang yang beriman! Sebutlah Allah dengan sebutan yang banyak.
42. Dan bertasbihlah kepada-Nya pagi dan petang.
43. Dialah yang mencucurkan rahmat ke atas kamu dan malaikatmalaikatNya (juga turut mendo’akan rahmat ke atas kamu) karena Dia hendak mengeluarkan kamu dan kegelapan kepada nur, dan Allah adalah Maha Pengasih terhadap para Muminin.
44. Ucapan penghormatan untuk mereka pada hari mereka menemuiNya ialah ‘selamat sejahtera’, dan Allah telah menyediakan untuk mereka pahala yang melimpah-ruah.
45. Wahai Nabi! Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau sebagai saksi, sebagai penyampai berita gembira dan sebagai penyampai ajaran.
46. Juga sebagai pendawah kepada Allah dengan perintah-Nya dan sebagai lampu yang terang.
47. Dan sampaikanlah berita gembira kepada para Mu’minin bahwa mereka akan memperolehi dari Allah limpah kurnia yang amat besar.
48. Dan janganlah engkau turut kehendak orang-orang kafir dan orang orang Munafiq. Dan janganlah engkau hiraukan gangguan-gangguan
mereka serta berserahlah kepada Allah dan cukuplah Allah sendiri menjadi Penjaga (kamu). Pelajaran ini merupakan satu pusingan yang baru dalam usaha mengatur semula peraturan masyarakat Islam di atas asas kefahaman Islam, yaitu peraturan yang berkaitan dengan penghapusan peraturan anak angkat yang telah diterangkan di permulaan surah. Kehendak Allah telah menugaskan Rasulullah s.a.w. sendiri untuk menghapuskan peraturan ini dari segi amali. Dahulu adat orang-orang Arab mengharamkan perkahwinan dengan bekas isteri anak angkat sama dengan pengharaman berkahwin dengan bekas isteri anak kandung. Orang-orang Arab tidak sanggup menghalalkan perkahwinan dengan bekas bekas isteri anak angkat kecuali ada sësuatu contoh yang membenarkan peraturan yang baru ini. Kita akan melihat dari kedudukan Nabi s.a.w. yang menghadapi ujian ini, di mana selain beliau tiada seorang pun yang sanggup memikul tugas yang amat berat ini dan menghadapi masyarakat dengan tindakan yang luar biasa dari adat masyarakat itu. Kita juga akan melihat ulasan-ulasan terhadap peristiwa itu adalah ulasan yang panjang untuk mengikatkan hati kepada Allah dan untuk menerangkan hubungan kaum Muslimin dengan Allah dan Rasulullah serta tugasnya di kalangan mereka. Semuanya ini untuk memudahkan proses perubahan peraturan itu diterima oleh mereka dan untuk memujuk hati
mereka supaya menerima perintah dan penyusunan semula peraturan masyarakat ini dengan sukarela dan patuh. Sebelum peristiwa ini telah pun dijelaskan dasar bahwa segala keputusan adalah terserah kepada Allah dan Rasul dan tidak seharusnya kepada orang yang beriman lelaki dan perempuan membuat keputusan sendiri apabila Allah telah menetapkan keputusan mengenai urusan-urusan mereka. Ini menunjukkan betapa sukarnya perubahan peraturan ini karena ia bertentangan dengan adat orang Arab yang kuat.

Pentafsiran ayat 36
36. “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan — apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara — membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan barang siapa yang menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat nyata.” Menurut riwayat, ayat ini diturun mengenai peristiwa Zainab binti Jahsy apabila Nabi s.a.w.. hendak merobohkan perbezaan kelas yang diwarisi turun-temurun di dalam masyarakat Islam dan mengembalikan mereka menjadi sama rata seperti gigi-gigi sisir, di mana tiada kelebihan bagi seorang ke atas orang yang lain melainkan dengan taqwa. Golongan maula3 yaitu golongan hamba-hamba yang telah dibebaskan merupakan golongan yang lebih rendah dan golongan tuanmas. Di dalam golongan ini termasuk Zaid ibn Harithah bekas hamba Rasulullah s.a.w. yang telah dijadikannya sebagai anak angkat beliau. Rasulullah s.a.w. mahu mewujudkan persamaan taraf yang sempurna dengan mengahwinkan Zaid dengan seorang wanita bangsawan dari Bani Hasyim dari keluarga beliau sendiri yaitu Zainab binti Jahsy. Beliau mahu menghapuskan perbezaan kelas itu di dalam keluarga beliau sendiri, karena perbezaan ini begitu mendalam dan kuat (dalam masyarakat Arab) hingga tidak dapat dihapuskan melainkan dengan tindakan dari Rasulullah s.a.w. sendiri agar menjadi contoh dan teladan kepada kaum Muslimin dan agar umat manusia mengikut jejaknya dalam persoalan ini. Ibn Kathir telah meriwayatkan di dalam tafsirnya katanya: Ujar al-Aufi dan Ibn ‘Abbas r.a.: Firman Allah Taala: cerita itu begini, Rasulullah s.a.w.. keluar meminang untuk anak muda (peliharaannya) Zaid ibn Harithah r.a., lalu beliau masuk menemui Zainab binti Jahsy al-Asadiyah lalu meminangnya. Jawab Zainab: “Saya tidak mahu berkahwin dengannya!” Ujar Rasulullah s.a.w.: “Bahkan hendaklah engkau berkahwin dengannya Zainab: “Wahai Rasulullah Adakah saya diperintah mengenai diri saya’” Semasa kedua-duanya sedang bencakap tiba tiba Allah menurunkan (ayat tadi) kepada Rasulullah s.a.w. Lalu Zainab berkata: “Adakah anda redhakan perkahwinan ini untuk saya, wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah: “Ya”. Ujar Zainab: “Jika begitu, saya tidak akan melanggar kehendak Rasulullah. Sesungguhnya saya nikahkan diri saya dengannya” Ujar Ibn Lahi’ah dari Abu ‘Umnah dari ‘lkramah dan lbn ‘Abbas r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w.. telah meminang Zainab binti Jahsy untuk Zaid ibn Harithah r.a., lalu dia menolak dan berkata: “Saya lebih baik dari dia” Dia adalah seorang perempuan yang mudah tersinggung lalu Allah menurunkan (ayat tadi). Demikianlah kata Mujahid, Qatadah dan Muqatil ibn Hayyan bahwa ayat tadi adalah turun mengenai Zainab binti Jahsy r.a. dia dipinang oleh Rasulullah untuk maulanya Zaid ibn Harithah r.a.. Pada mulanya dia menolak kemudian akhirnya dia menerimanya. Ibn Kathir juga telah meriwayat satu riwayat yang lain katanya: Ujar Abdul Rahman ibn Zaid ibn Aslam. Ayat (tadi) diturun mengenai Ummu 3 Istilah maula ini juga dipakai dengan erti yang lain yaitu dengan erti qabilah yang menjdai sekutu kepada qabilah lain yang berjanji membantu dan bekerjasama dengannya dalam membayar diat dan pampasan-pampasan yang lain. Kalthum binti ‘Aqabah ibn Abu Muayt r.a. Dia adalah wanita pertama yang berhijrah selepas Perjanjian al-Hudaybiyah, lalu dia memberikan dirinya kepada Rasulullah s.a.w., lalu beliau berkata: “Aku terima.” Lalu beliau kahwinkannya dengan Zaid ibn Harithah r.a. (yakni — Wallahu a’alam — selepas dia berpisah dengan Zainab), lalu dia dan saudaranya marah dan berkata :“Kami mahukan Rasulullah s.a.w.. sendiri, tetapi kami dikahwinkan dengan hambanya! Kata rawi: Lalu turunlah (ayat tadi) hingga akhirnya. Katanya lagi: Satu perintah yang lebih umum dari ini telah pun datang yaitu: 6. “Nabi itu lebih menjaga (kebaikan) orang-orang yang beriman dari diri mereka sendiri.” Katanya ayat tadi khusus dan ayat ini lebih umum. Di dalam riwayat yang ketiga, ujar Imam Ahmad: Kami telah diceritakan oleh Abdur Razzaq, kami telah dikhabarkan oleh Ma’mar dari Thabit Al-Bannani dari Anas r.a. katanya: Nabi s.a.w.. telah meminang untuk Julaybib4 seorang wanita dari kaum Ansar. Beliau membuat pinangan kepada bapanya, lalu dia berkata: “Nanti saya berunding dengan ibunya.”Jawab Nabi s.a.w.. “Baiklah:” Kata rawi, lelaki itu pun pergi menemui isterinya dan menyebut perkara pinangan itu kepadanya, lalu isterinya berkata: “Tidak, ya Allah, jadi”. Rasulullah s.a.w. tidak mendapat orang lain melainkan hanya Julaybib, sedangkan sebelum ini kami telah menolak pinangan si anu dan si anu. Kata rawi: Anak gadisnya yang sedang bersembunyi itu mendengar pembicaraan itu. Lalu lelaki itu hendak keluar untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w. mengenai keputusan itu, tiba-tiba anak gadis itu berkata: Adakah bapa dan ibu hendak menolak pinangan Rasulullah s.a.w.? Jika beliau redhakan orang itu (Julaybib) untuk bapa dan ibu, maka kahwinkanlah saya dengannya. Kata rawi: Seolah-olah gadis itu berlepas diri dari keputusan dua orang tuanya. Lalu kedua duanya berkata: “Katamu itu benar” Lalu bapanya pergi menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata kepadanya: “Jika andâ redhakan orang itu, maka kami juga redhakannya” Jawab Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya aku telah redhakannya.” Kata rawi: Lalu beliau pun mengahwinkannya.” Kemudian penduduk Madinah diminta pertolongan (karena menghadapi satu peperangan), lalu Julaybib pun menunggang (keluar berjuang), dan akhirnya mereka dapatinya gugur syahid dan di sekelilingnya terdapat mayat-mayat orang Musyrikin yang telah dibunuh
olehnya. Kata Anas r.a.: “Aku telah melihat isteri Julaybib dan sesungguhnya rumahnya adalah rumah yang paling banyak menerima pinangan di Madinah.” Riwayat-riwayat ini — jika sahih — telah menghubungkan ayat ini dengan peristiwa perkahwinan Zainab dengan Zaid r.a. atau dengan peristiwa perkahwinan Zaid dengan Ummu Kalthum binti ‘Aqabah ibn Abu Mu’ait. 4 Dari golongan bekas hamba (maula) Kami telah mengemukakan riwayat yang ketiga mengenai Julaybib karena ia menunjukkan cara pemikiran masyarakat (di zaman itu) yang mahu dihancurkan oleh Islam, dan Rasulullah s.a.w. sendiri telah bertindak mengubahkan cara pemikiran itu dengan perbuatan dan Sunnahnya sebagai
sebahagian dari rangka usaha menyusun semula peraturan masyarakat Islam di atas asas pemikiran Islam yang baru dan kefahamannya terhadap nilainilai di bumi ini juga untuk mencetuskan semangat kemerdekaan yang dilandaskan di atas sistem hidup Islam yang diambil dan semangatnya yang agung. Tetapi ayat ini merupakan satu nas yang lebih umum dari mana-mana peristiwa yang tertentu. Mungkin juga ia mempunyai hubungan dengan tindakan menghapuskan kesan kesan mengambil anak angkat dan menghalalkan isteri-isteri anak angkat yang telah dicerai, juga dengan peristiwa perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Zainab r.a. setelah dia bercerai dengan Zaid, yaitu peristiwa yang menimbulkan satu kegemparan yang besar pada masa itu dan masih terus digunakan oleh musuh-musuh Islam sebagai alasan untuk memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w.. Mereka telah mengadakan berbagai-bagai kisah dongeng yang karut di sekitar peristiwa itu. Sama ada yang menjadi sebab turunnya ayat ini ialah peristiwaperistiwa yang disebut oleh riwayat-riwayat tadi atau peristiwa perkahwinan Rasulullah s.a.w. dengan Zainab r.a., namun dasar yang dijelaskan oleh ayat tadi adalah lebih umum, lebih mencakupi dan lebih mendalam di dalam jiwa kaum Muslimin, kehidupan mereka dan pemikiran mereka yang tulen. Inilah satu asas dan asas-àsas ‘aqidah Islam yang telah tertanam di dalam hati angkatan kaum Muslimin yang pertama. Ia tertanam dengan amat kukuh. Ia diyakinkan oleh jiwa mereka dan ia mempengaruhi perasaanperasaan mereka. Intisari dan asas ini ialah mereka tidak rnempunyai apaapa kuasa pun di atas diri mereka dan urusan mereka, malah mereka dan segala apa yang ada di dalam milik mereka adalah di bawah kekuasaan Allah. Allah memilih dan mengendalikan mereka mengikut kehendak iradat- Nya. Mereka tidak lebih dari merupakan sebahagian dari alam buana yang berjalan mengikut undang undang yang umum, sedangkan Allah Pencipta dan Pentadbir alam buana inilah yang menggerakkan meneka bersama-sama pergerakan alam buana yang besar. Dialah yang membahagikan perananperanan kepada mereka masing-masing di dalam cerita alam buana yang besar ini. Dialah yang menentukan gerak langkah mereka di atas pentas alam al-wujud yang besar ini. Mereka tidak mempunyai kuasa memilih peranan yang dilakunkan mereka karena mereka tidak mengetahui cerita itu dengan sepenuhnya. Mereka juga tidak mempunyai kuasa untuk memilih gerak langkah yang disukai mereka karena apa yang disukai mereka mungkin tidak sesuai dengan peranan yang ditentukan untuk mereka, karena mereka bukannya pengarang cerita itu dan bukan pula tuan punya panggung itu. Mereka hanya para pengambil upah yang mendapat upah dan kerja-kerja mereka. Mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa dalam hasil natijah cerita itu. Ketika itu barulah mereka menyerahkan diri mereka kepada Allah dengan penyerahan yang sebenar-benarnya. Mereka menyerahkannya dengan segala apa yang ada pada diri mereka. Mereka tidak mempunyai apaapa kuasa pun terhadap diri mereka. Ketika itulah jiwa mereka menjadi betul dan selaras dengan fitrah seluruh alam buana. Ketika itu barulah gerak-gerik mereka menjadi betul dan selaras dengan pergerakan umum alam buana. Mereka berjalan mengikut jalan peredaran mereka masing-masing sebagaimana planet-planet dan bintang-bintang berjalan mengikut jalan peredaran masing-masing tiada satu pun yang cuba menyimpang dan jalan itu atau cuba berjalan lebih cepat atau lambat dalam peredarannya bersama pergerakan seluruh alam buana itu. Ketika itu barulah hati mereka redha dengan apa sahaja qadha’ qadar yang ditentukan Allah kepadanya, karena perasaan batin mereka benar-benar merasa bahwa takdir Allah itulah yang mengendalikan segala sesuatu, segala manusia, segala peristiwa dan segala keadaan. Mereka menerima takdir Allah terhadap mereka dengan ma’rifat yang mernberi kefahaman, kerehatan, kepercayaan dan ketenteraman. Sedikit demi sedikit mereka tidak lagi merasa terkejut dengan takdir Allah apabila menimpa mereka. Mereka tidak lagi merasa terperanjat dan sedih yang boleh diubati dengan kesabaran. Malah mereka ini takdir Allah dengan sambutan orang yang arif dan orang yang menunggu sesuatu yang biasa dan diketahui di dalam hatinya tanpa menimbulkan rasa terperanjat, gentar dan ta’jub. Oleh karena itu mereka tidak lagi menuntut supaya dipercepatkan perjalanan cakerawala karena mereka hendak melakukan sesuatu yang dikehendakinya dan tidak pula menuntut peristiwa-peristiwa itu diperlambatkan karena meneka mempunyai hajat untuk mendapatkan sesuatu walaupun hajat itu ialah untuk menolong da’wah mereka dan menegakkannya, malah mereka meneruskan perjalanan mereka bersama ketetapan ketetapan Allah yang menyampaikan ke tempat yang ditetapkannya. Mereka menerima ketetapan ketetapan itu dengan redha dan tenang. Mereka mengorbankan apa sahaja yang ada pada mereka; nyawa, tenaga dan harta benda tanpa tergopoh-gapah, tanpa merasa bosan, tanpa membangkit-bangkit, tanpa berbangga-bangga, tanpa menyesal dan bersedih. Mereka yakin bahwa mereka sedang melakukan sesuatu yang telah ditetapkan Allah supaya mereka melakukannya dan bahwa apa yang dikehendaki Allah itulah yang tetap berlaku dan bahwa segala sesuatu itu bengantung dengan waktu yang telah ditentukan. Itulah penyerahan diri yang mutlaq kepada tangan kekuasaan Allah agar memimpin langkah-langkahnya dan mengaturkan pergerakannya, sedangkan mereka penuh yakin kepada kepimpinan dan merasa begitu aman, percaya dan tenteram dan berjalan bersamanya dengan selesa mudah dan lemah lembut. Namun demikian, mereka melakukan apa sahaja yang terdaya oleh mereka dan mengorbankan apa sahaja yang ada pada mereka. Mereka tidak membuang waktu dan daya tenaga mereka. Mereka tidak meninggalkan segala ikhtiar dan wasilah. Kemudian mereka tidak memberatkan diri mereka dengan perkara-penkara yang tidak mampu dilakukan mereka. Mereka tidak keluar dari sifat-sifat mereka sebagai rnanusia, yaitu sifat-sifat biasa manusia dan ciri-ciri lemah dan kuat yang ada pada mereka. Mereka tidak rnendakwa mempunyai perasaan-perasaan dan daya tenaga yang tidak ada pada diri
mëreka. Mereka tidak suka dipuji karena kerja-kerja yang tidak dilakukan mereka dan tidak mereka berkata berlainan dari apa yang dibuat mereka. Inilah imbangan di antara penyerahan diri yang mutlaq kepada takdir Allah dan bekerja keras dengan menggunakan segala daya tenaga dan berhenti dengan tenang pada tahap usaha yang mampu dilakukan mereka. Itulah imbangan yang menjadi sifat istimewa yang tenterap di dalam kehidupan angkatan Muslimin yang pertama, malah inilah sifat yang melayakkan mereka untuk memikul amanah ‘aqidah Islam yang agung yang tidak sanggup dipikul oleh gunung-ganang. Kemantapan asas ini di dalam hati mereka itulah yang telah membolehkan angkatan Muslimin yang pertama melakukan kejayaankejayaan yang luar biasa di dalam kehidupan peribadi mereka dan dalam kehidupan masyarakat manusia di zaman itu. Asas inilah yang menjadikan segala jejak langkah dan pergerakan mereka seliras dengan peredaran cakerawala dan selaras dengan langkah-langkah zaman, tidak bencanggah dan berlanggar dengannya hingga menyebabkan mereka terhalang atau terlambat. Asas inilah yang memberkati segala usaha perjuangan mereka hingga dapat menghasilkan buah-buah manis yang amat banyak dan amat besar dalam masa yang pendek sahaja. Sesungguhnya perubahan yang berlaku di dalam jiwa mereka, di mana gerak langkah mereka selaras dengan harakat alam buana, sesuai dengan perencanaan Ilahi yang mengendalikan seluruh alam buana ini .... sesungguhnya perubahan itu merupakan satu mu’jizat yang amat besar yang tidak dapat dilaksanakan oleh manusia, malah ia terlaksana dengan iradat Allah yang telah menciptakan bumi dan langit, bintang-bintang dan planet planet dan menyelaraskan gerak langkah mereka dengan peredaran cakerawala itu sesuai dengan penyelarasan Ilahi yang istimewa. Hakikat ini ditunjukkan oleh berbagai-bagai ayat al-Qur’an, di mana Allah S.W.T. berfirman:

56. “Sesungguhnya engkau tidak dapat memberi hidayat kepada mereka yang engkau kasihi, tetapi Allahlah yang memberi hidayat kepada mereka yang dikehendaki-Nya.” (Surah al-Qasas)

272. “Bukanlah kewajipan engkau menjadikan mereka mendapat hidayat, tetapi Allahlah yang memberi hidayat kepada mereka yang dikehendaki- Nya.” (Surah al-Baqarah)

120. “Katakanlah bahwa hidayat Allah itulah hidayat yang sebenar.” (Surah al-Baqarah) ltulah hidayat dengan hakikatnya yang agung dan maknanya yang luas. Allah memberi hidayat dan memimpin manusia ke tempatnyà yang sebenãr di dalam rangka alam buana dan menyelaraskan gerak langkahnya dengan gerakan alam buana. Usaha perjuangan itu tidak akan mendapat hasilnya yang sempurna melainkan apabila hati seseorang itu tegak di atas hidayat Allah dalam ertikatanya yang sebenar dan gerak langkahnya selaras dengan peredaran alam buana dan hatinya yakin kepada takdir Allah yang meliputi segalagalanya, yaitu tiada sesuatu pun di alam buana ini melainkan mengikut kehendak takdir-Nya. Dari penjelasan ini ternyatalah bahwa nas al-Qur’an:

36. “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan — apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan keputusan bagi sesuatu perkara — membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka” adalah mempunyai pengertian yang lebih syumul, lebih luas dan lebih jauh dari mana-mana peristiwa khusus yang berlaku dan diturunkan ayat ini karenanya. Ayat ini menjelaskan satu dasar umum yang pokok di dalam sistem hidup Islam.

Pentafsiran ayat-ayat 37 - 40
Kemudian al-Quran menceritakan tentang peristiwa perkahwinan Nabi s.a.w.. dengan Zainab binti Jahsy serta pendahuluan dan ekorannya yang mengandungi hukum-hukum dan arahan-arahan:

37. “Dan (kenangilah) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan Allah nikmat (Islam) kepadanya dan engkau juga telah memberi ni’mat (kemerdekaan) kepadanya: Peganglah (jangan cerai) isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah! Sedangkan engkau menyembunyikan di dalam hatimu rahsia yang telah dinyatakan Allah (kepadamu) dan engkau takut kepada manusia, sedangkan Allah itulah yang lebih wajar ditakuti engkau. Dan apabila Zaid telah mengakhiri kehendaknya terhadap isterinya (menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan bagi orang-orang Mu’minin untuk mengahwini isteri anak-anak angkat mereka apabila mereka telah mengakhiri kehendak mereka terhadap isteri-isteri mereka, dan keputusan Allah itu adalah keputusan yang tetap terlaksana.

38. ‘Tidak ada sebarang keberatan kepada Nabi dalam melaksanakan perintah yang telah ditetapkan Allah kepadanya sebagai Sunnatullah yang telah berlaku kepada nabi nabi yang telah berlalu, dan keputusan Allah itu adalah keputusan yang tetap terlaksana.”

39. “Yaitu nabi-nabi yang menyampaikan risalah-risalah Allah serta takut kepada-Nya dan mereka tidak takut kepada seorang pun melainkan hanya kepada Allah, dan cukuplah Allah sendiri menjadi Penghisab.”

40. “Muhammad itu bukanlah bapa kepada mana-mana lelaki di antara kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penamat sekalian nabi, dan Allah
Maha Mengetahui segala sesuatu.” Pada awal surah ini telah pun dijelaskan tentang penghapusan adat mengambil anak angkat dan memulangkan bin mereka kepada bapa-bapa mereka yang sebenar serta menegakkan hubungan kekeluargaan itu di atas asasnya yang semulajadi. 4. “Dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkat kamu itu sebagai anakanak kandung kamu sendiri. (Dakwaan-dakwaan itu) hanya perkataanperkataan kamu yang keluar dari mulut kamu sahaja, sedangkan Allah menerangkan hakikat yang benar dan Dialah jua yang memberi hidayat ke jalan yang betul.” 5. “Panggilah mereka (anak anak angkat) dengan ‘bin’ bapa mereka yang sebenar. Itulah yang lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka (maka panggillah mereka) sebagai saudara-saudara seagama kamu dan sebagai maula kamu. Dan tiada apa apa dosa di atas kamu dalam perkara yang kamu tersalah melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa) ialah perbuatan perbuatan yang disengajakan hati kamu, dan Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.” Tetapi peraturan anak angkat ini rnasih mempunyai kesan-kesannya yang kuat di alâm kehidupan rnasyarakat Arab dan kesan-kesan ini tidak terhapus semudah terhapusnya peraturan anak angkat itu sendiri, karena adat resam dalam sebuah masyarakat itu mempunyai pengaruh dan kesan yang amat mendalam di dalam hati penduduk penduduknya. Oleh sebab itu penghapusan kesan-kesan adat itu pastilah didahulukan dengan contohcontoh amali yang menentang adat itu, dan contoh-contoh ini pula pastilah pada permulaannya menghadapi kecaman-kecaman dan tentulah kesannya diterima dengan berat oleh orang yang ramai. Dahulu telah pun dinyatakan bahwa Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkan anak angkatnya Zaid ibn Harithah — yang pernah dipanggil Zaid ibn Muhammad kemudian diubah kepada bin bapanya yang sebenar — dengan Zainab binti Jahsy anak perempuan ibu saudara beliau sendiri.
Tujuan perkahwinan ini ialah untuk memecahkan perbezaan kelas yang turun-temurun dan untuk merealisasikan tujuan firman Allah Taala:

13. “Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Surah al-Hujurat) Seterusnya tujuan perkahwinan itu ialah untuk menegakkan nilai lslamiyah yang baru dengan mengemukakan contoh amali di alam kenyataan. Kemudian selepas itu Allah berkehendak pula menyerahkan kepada Nabi-Nya — di samping tugas-tugas kerasulan yang lain — tugas menghapuskan sendiri kesan-kesan peraturan anak angkat itu dengan mengahwini bekas isteri anak angkatnya Zaid ibn Harithah yang telah diceraikan itu dan menghadapi rnasyarakat dengan tindakan ini, yaitu satu tirtdakan yang tidak terdaya dilakukan oleh seorang yang lain untuk menghadapi masyarakat (zaman itu) walaupun peraturan anak angkat itu sendiri telah dibatalkan. Allah Ta’ala telah mengilhamkan kepada Nabi s.a.w. bahwa Zaid akan menceraikan isterinya. Dan beliau sendiri pula akan mengahwininya karena sesuatu hikmat yang telah diputuskan Allah. Pada masa itu hubungan di antara Zaid dan Zainab berada dalam keadaan huru hara yang membayangkan bahwa perkongsian hidup mereka tidak akan berpanjangan. Zaid berkali-kali datang menemui Rasulullah s.a.w. dan mengadu bahwa dia tidak senang hidup dengan Zainab dan tidak sanggup lagi untuk terus hidup dengannya. Rasulullah s.a.w. walaupun beliau terkenal berani menghadapi kaumnya di dalam urusan aqidah dengan tegas tanpa teragakagak dan takut, namun beliau merasa berat dengan ilham yang diterima dari Allah mengenai Zainab. Beliau teragak-agak hendak menghadapi kaumnya dengan memecahkan adat yang telah bertunjang begitu mendalam itu. Lalu beliau berkata kepada Zaid (seorang yang telah dikurniakan Allah dengan ni’mat Islam dan ni’mat hubungan yang dekat dengan Rasulullah, juga ni’mat kasih Rasulullah s.a.w. terhadap dirinya, yaitu kasih yang diutamakan beliau di dalam hatinya di atas sekalian yang lain tanpa kecuali, dia juga seorang yang mendapat ni’mat kemerdekaan, asuhan dan kasih sayang dan Rasulullah s.a.w.) Beliau bersabda kepada Zaid:

37. “Peganglah (jangan cerai) isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah.” Dengan jawapan ini beliau melambatkan tindakan menghadapi persoalan yang amat besar ini, di mana beliau masih teragak-agak untuk mengumumkannya kepada orang ramai sebagaimana diterangkan Allah:

37. “Sedangkan engkau menyembunyikan di dalam hatimu rahsia yang telah dinyatakan Allah (kepadamu) dan engkau takut kepada manusia, sedangkan Allah itulah yang lebih wajar ditakuti engkau.” Rahsia yang disembunyikan Nabi s.a.w. di dalam hatinya, sedangkan beliau tahu bahwa Allah akan mendedahkannya ialah ilham Allah yang menyarankan bahwa beliau akan berkahwin dengan Zainab, tetapi ilham itu bukanlah merupakan satu perintah yang berterus terang dari Allah, karena jika ilham itu bersifat demikian tentulah beliau tidak akan teragak-agak dan melambat-lambatkannya atau cuba menangguh-nangguhkannva, malah beliau akan mengumumkannya dengan terus terang biar bagaimana pun akibatnya, tetapi Rasulullah s.a.w. hanya di peringkat berhadapan dengan ilham di dalam hatinya dan di waktu itu beliau merasa bimbang rnenghadapinya dari menghadapi orang ramai sehingga diizinkan Allah. Pada akhir Zaid menceraikan isterinya, sedangkan Zaid dan Zainab sendiri tidak berfikir apakah yang akan berlaku selepas itu, karena menurut adat, Zainab tetap dianggap sebagai bekas isteri anak Muhammad yang tidak halal kepadanya walaupun selepas dihapuskan adat anak angkat itu karena perintah menghalalkan bekas isteri anak angkat yang diceraikan itu belum lagi diturunkan pada masa itu. Hanya peristiwa perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Zainab selepas itu sahaja yang menjelaskan hukum ini yaitu setelah peristiwa itu diterima dengan rasa hairan, terkejut dan membantah. lnilah cerita sebenar yang meruntuhkan segala cerita-cerita lain mengenai peristiwa ini, yaitu cerita-cerita karut yang digunakan oleh musuhmusuh Islam dahulu dan sekarang. Mereka telah merekakan berbagai-bagai dongeng dan cerita-cerita dusta di sekitar peristiwa itu Cerita yang sebenarnya ialah seperti yang diterangkan Allah Ta’ala:

37. “Dan apabila Zaid telah mengakhiri keperluannya terhadap isterinya (menceraikannya). Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan bagi orang-orang Mu’minin untuk mengahwini isteri anak anak angkat mereka apabila mereka telah mengakhiri keperluan mereka
terhadap isteri-isteri mereka, dan keputusan Allah jua adalah keputusan yang tetap terlaksana.” Ini adalah salah satu tugas risalah yang amat berat yang ditanggung oleh Rasulullah s.a.w. untuk menghadapi masyarakat yang sangat bencikannya sehingga beliau teragak-agak untuk mengemukakan kepada masyarakat, sedangkan beliau tidak pernah teragak agak menghadapi masyarakat untuk menegakkan ‘aqidah tauhid, mengancam tuhan-tuhan dan sembahan-sembahan mereka yang karut dan menyalahkan datuk nenek mereka.

37. “Dan keputusan Allah itu adalah keputusan yang tetap terlaksana.” Keputusan Allah adalah satu keputusan yang tidak dapat ditolak dan dielak. Ia tetap berkuatkuasa dan terlaksana dan tidak ada jalan yang lain lagi untuk menghindarinya. Perkahwinan Rasulullah s.a.w.. dengan Zainab r.a. dilangsungkan selepas habis ‘iddahnya. Beliau telah mengirim Zaid bekas suaminva selaku seorang yang paling disayangi supaya melamarkan Zainab untuknya. Dari Anas r.a.. kata: Apabila selesai ‘iddah Zainab r.a., sabda Rasulullah s.a.w. kepada Zaid ibn Harithah: Pergilah (berjumpa dengan Zainab) dan sebutkan kepadanya bahwa aku melamarnya.” Lalu Zaid pun pergi menemui Zainab yang sedang menguli gandumnya. Kata Zaid: Apabila aku melihatnya sebaklah dadaku hingga aku tidak berdaya melihatnya, lalu aku berkata bahwa Rasulullah s.a.w. telah melamarnya. Kemudian aku palingkan belakangku kepadanya dan memusingkan tumitku sambil berkata lagi: “Wahai Zainab! Bergembiralah engkau Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan aku supaya melamarmu.” Jawab Zainab: “Aku tidak akan berbuat apa-apa sehingga aku diperintahkan Tuhanku Azzawajalla’ Lalu dia pun bangun menuju ke masjidnya. Kemudian turun ayat itu dan Rasulullah s.a.w., masuk ke rumahnya tanpa meminta izin lagi. Al-Bukhari r.a. telah meriwayatkan dari Anas ibn Malik r.a.. katanya: Sesungguhnya Zainab binti Jahsy r.a. menyatakan rasa bangganya terhadap isteri-isteri Nabi s.a.w. yang lain dengan katanya: “Anda semua dikahwinkan oleh keluarga-keluarga anda, sedangkan saya dikahwinkan oleh Allah Ta’ala dari atas tujuh petala langit” Tetapi persoalan ini tidak berlalu dengan mudah, malah seluruh masyarakat Islam gempar dan orang-orang Munafiqin terus membuat heboh dengan mengatakan Muhammad telah berkahwin dengan isteni anaknya! Oleh karena persoalan ini persoalan menegakkan satu dasar yang baru, maka al-Qur’an telah menguatkannya dan menghapuskan unsur keganjilannya dengan memulangkan persoalan ini kepada lunas-lunasnya yang mudah, logikal yang bersejarah: Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dikeluarkan oleh Muslim dan an-Nasai’I dari beberapa saluran dari Sulaiman ibn al-Mugirah.

38. “Tidak ada sebarang keberatan kepada Nabi dalam melaksanakan perintah yang telah ditetapkan Allah kepadanya sebagai Sunnatullah yang
telah berlaku kepada nabi-nabi yang telah berlalu, dan keputusan Allah itu adalah’ keputusan yang tetap terlaksana.” Persoalan itu berlangsung mengikut Sunnatullah yang tidak berubahubah, yaitu undang-undang yang bergantung dengan hakikat-hakikat segala sesuatu bukannya bergantung dengan tanggapan-tanggapan dan adat-adat yang dibuat oleh manusia tanpa berlandaskan asas.

38. “Dan keputusan Allah itu adalah keputusan yang tetap terlaksana.” Yakni lulus dan berkuatkuasa. Tiada apa dan siapa pun yang dapat menahankannya Keputusan itu telah dibuat dengan penuh kebijaksanaan dan pertimbangan ia dibuat karena sesuatu tujuan yang dikehendaki Allah yang mengetahui sejauh mana keperluannya dan kepentingannya di samping mengetahui masa dan tempat mana patut dilaksanakannya. Allah Ta’ala telah memerintah Rasul-Nya supaya membatalkan adat itu dan menghapuskan kesannya secara amali, juga supaya menjelaskan penghapusan itu dengan menjadikan diri beliau sebagai contoh pertama di alam kenyataan, karena perintah Allah itu pasti dilaksanakan. Sunnatullah ini telah berlangsung di kalangan para rasul yang telah lalu:

39. “Yaitu nabi-nabi yang menyampaikan risalah-risalah Allah serta takut kepada-Nya dan mereka tidak takut kepada seorang pun melainkan hanya kepada Allah, dan cukuplah Allah sendiri menjadi Penghisab.’ Mereka tidak membuat apa-apa perhitungan terhadap makhluk di dalam perkara perkara yang berkaitan dengan risalah yang ditugaskan kepada mereka dan mereka tidak takut kepada sesiapapun kecuali Allah yang mengutuskan mereka unituk menyampaikan da’wah-Nya, untuk bertindak dan melaksanakan hukuman.

39. “Dan cukuplah Allah sendiri menjadi Penghisab.” Hanya Allah sendiri sahaja yang menghisab mereka, sedangkan manusia tidak berkuasa menghisabkan mereka.

40. “Muhammad itu bukanlah bapa kepada mana mana lelaki di antara kamu.” Yakni Zainab itu bukanlah isteri anaknya dan Zaid juga bukan anak kandung Muhammad, karena dia adalah anak Harithah. Jadi, tidak ada sesuatu yang menghalangkan dalam persoalan ini apabila dilihat dengan kacamata hakikat yang wujud di alam kenyataan. Hubungan di antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan seluruh orangorang Islam termasuk Zaid ibn Harithah ialah hubungan seorang Nabi dengan kaumnya, bukannya hubungan seorang bapa dengan seseorang dan mereka:
40. “Tetapi dia adalah seorang Rasul dan penamat sekalian nabi.”

 
DAFTAR ISI : 1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 -